Kedua-dua kes ditangani di bawah ISA bukan kerana sokong Palestin tetapi kerana sokong pengganasan, tegas Shanmugam
Anggaran Waktu Membaca:

Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berucap kepada media pada 15 Jun 2024.
SINGAPURA: Tindakan diambil terhadap dua warga Singapura bukan kerana mereka menyokong perjuangan Palestin, tetapi kerana menyokong pengganasan dan keganasan bersenjata, tegas Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam.
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun telah dikenakan Arahan Sekatan (RO) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada bulan lalu, manakala bekas pegawai awam berusia 33 tahun An’nadya An’nahari dikenakan RO pada awal bulan ini.

Kedua-duanya menjadi radikal menyusuli serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Okt lalu.
Individu yang dikenakan RO tidak dibenarkan menukar kediamannya atau keluar dari Singapura tanpa kebenaran pihak berkuasa. Mereka juga tidak boleh mengakses internet atau media sosial tanpa kelulusan pihak berkuasa.
“Rakyat Singapura amat prihatin dengan keadaan di Gaza, dan memang wajar,” kata Encik Shanumgam kepada para wartawan pada Isnin (15 Jul).
"Ia adalah krisis kemanusiaan besar-besaran yang menjejaskan rakyat Palestin dan ramai di antara kita yang bersimpati dengan perjuangan Palestin. Saya bersimpati dengan perjuangan Palestin. Mereka sepatutnya mempunyai negara mereka sendiri dan tidak menderita seperti ini.
“Tetapi simpati untuk sebarang sebab atau perjuangan di luar negara tidak bermakna kita harus menyokong atau mewajarkan pengganasan.”
Pemerintah Singapura telah membentangkan kedudukannya dengan jelas mengenai krisis Gaza di pertubuhan-pertubuhan antarabangsa, seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata Encik Shanmugam.
Ramai di sini yang amat terkesan dengan nasib rakyat Palestin telah menunjukkan sokongan mereka secara konkrit, seperti menganjurkan kutipan dana dan menghantar bantuan kemanusiaan, kata Encik Shanmugham.
Encik Shanmugam berkata kedua-dua kes itu menunjukkan bahawa konflik di luar negara boleh menjejaskan Singapura di peringkat dalam negeri, dengan naratif pelampau mengancam keselamatan negara dan keharmonian sosial negara ini.
RADIKALISASI MENINGKAT DALAM KALANGAN REMAJA
Radikalisasi meningkat dalam kalangan belia di sini yang turut menyaksikan trend tersebut di peringkat global di negara-negara lain dan merupakan sesuatu yang akan terus ditangani oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD), kata Encik Shanmugam.
Seramai 40 rakyat Singapura yang menjadi radikal telah ditangani di bawah ISA sejak 2015. Daripada jumlah tersebut, 13 berumur bawah 20 tahun.
Encik Shamugam memetik beberapa kes keganasan bersenjata oleh belia radikal di seluruh dunia, termasuk di Sydney dan London. Beliau berkata ISD akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi masyarakat untuk membanteras radikalisasi dalam kalangan belia.
Sesiapa sahaja boleh menjadi radikal tanpa mengira umur, jantina, agama atau kerjaya, kata Encik Shanmugam.
"Seorang remaja lelaki, pelajar, seorang lagi orang dewasa, yang sepatutnya lebih maklum tentang bahaya radikalisasi, namun dia juga terdedah," kata Encik Shanmugam.
“ISD akan mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja di Singapura yang menyokong, mempromosikan atau membuat persediaan untuk menyertai keganasan bersenjata, tidak kira bagaimana mereka merasionalkan keganasan itu dan tidak kira di mana keganasan itu berlaku.”
KUASA PENAHANAN
Mengenai mengapa kedua-dua kes itu dikenakan RO dan bukan Perintah Tahanan (DO), Encik Shanmugam berkata "kuasa penahanan jelas perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab".
"Ini bermakna anda perlu melihat kes secara individu dan menentukan perintah mana yang dikenakan, dengan cara yang menangani penilaian ancaman itu," katanya.
“Jadi anda tidak sepatutnya menahan jika penilaian anda tidak memerlukan tindakan sedemikian. Jika ia sesuatu yang boleh ditangani, Arahan Sekatan sudah memadai."
Encik Shanmugam berkata matlamatnya adalah untuk membolehkan mereka yang berada di bawah Arahan Sekatan untuk meneruskan kehidupan mereka, pada masa yang sama menjauhkan mereka daripada ancaman radikalisasi, mudah-mudahan dengan bantuan rakan dan keluarga mereka.
Walau bagaimanapun, terdapat kes pada masa lalu di mana Arahan Sekatan tidak berfungsi, dan individu itu kembali kepada aktiviti pelampau dan seterusnya menjadi lebih berbahaya. Perintah lanjut kemudiannya dikeluarkan, kata Encik Shanmugam.
“Untuk memberikan analogi, mereka sudah begitu taksub dengan fahaman tegar itu. ISD perlu menilai sejauh mana mereka terpengaruh, betapa seriusnya dan betapa bahayanya ancaman itu,” kata Encik Shanmugam.
"Dan penilaian mereka adalah bahawa Arahan Sekatan yang dikenakan sudah cukup untuk membuat mereka keluar dari pengaruh fahaman tersebut buat masa ini."

Sumber : CNA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.