Kedai sewa basikal SG tawar harga langgan lebih rendah, pelbagaikan khidmat untuk terus bersaing
Anggaran Waktu Membaca:
Para pengayuh basikal menggunakan basikal HelloRide di East Coast Park pada 19 Jun 2026. (Gambar: CNA/Wallace Woon)
SINGAPURA: Kedai-kedai sewa basikal tradisional di Singapura semakin tertekan sedang khidmat tersebut terus berkembang dengan lebih banyak basikal dan kawasan letak kenderaan disediakan di seluruh negara.
Pemilik kedai sewa basikal Jomando di Pantai Punggol, Joe Chua, menyatakan permintaan bagi khidmat sewanya merosot antara 80 dengan 90 peratus.
Sebelum pandemik COVID-19, pelanggan sering beratur di luar kedainya untuk menunggu basikal dipulangkan sebelum dapat menyewanya.
Kini, sekitar 200 basikal tidak digunakan di kedainya.
Menurut Encik Chua, di luar tempoh cuti sekolah, ada hari-hari apabila langsung tiada basikal disewa.
Beliau memperoleh kurang S$600 pada kebanyakan hujung minggu dan menganggarkan sudah mengalami kerugian sekitar S$250,000.
KHIDMAT SEWA BASIKAL LEBIH MURAH
Antara faktor utama yang menjejas kedai sewa tradisional ialah perbezaan harga dan kemudahan yang ditawarkan khidmat sewa basikal.
Sewaan di Jomando berharga sekitar S$10 sejam.
Sebaliknya, Anywheel mengenakan bayaran S$2 sejam, manakala HelloRide mengenakan S$2.50 bagi tempoh yang sama.
Pengguna khidmat sewa basikal juga boleh memulangkan basikal di kawasan letak kenderaan yang ditetapkan di merata Singapura dan tidak perlu kembali ke lokasi asal.
Anywheel kini mengendalikan sekitar 35,000 basikal di seluruh Singapura, manakala HelloRide mempunyai sekitar 25,000.
Ketua Pegawai Eksekutif Anywheel Htay Aung berkata jumlah pengguna terus meningkat sejak lima tahun lalu, dengan lebih ramai penduduk menggunakan basikal sewa untuk perjalanan harian dan kegiatan riadah.
HelloRide juga menyaksikan lebih ramai menggunakan basikalnya bagi kegiatan riadah, urusan harian dan perjalanan berkaitan kerja.
KEDAI SEWA BASIKAL UBAH MODEL PERNIAGAAN
Tekanan turut dirasakan oleh para pengendali di kawasan berbasikal popular.
Kakitangan GoCycling di East Coast Park menyatakan perniagaannya merosot sekitar 50 peratus akibat persaingan daripada khidmat sewa basikal yang lain.
Kebanyakan pelanggan kini menyewa basikal tandem atau basikal empat roda.
Kedai The Bicycle Hut di North Bridge Road pula menyaksikan jumlah pelanggannya merosot sekitar 35 peratus.
Pemiliknya, Kamal Ishnin, menyatakan tahun ini mungkin menentukan sama ada perniagaan yang sudah beroperasi selama 14 tahun itu dapat diteruskan.
Sesetengah pengendali kini mengurangkan jumlah basikal dan tenaga kerja, berpindah ke premis lebih kecil atau menawarkan khidmat lain seperti lawatan berbasikal berpandu dan acara korporat.
Jomando misalnya sudah menjual sekitar 100 basikal dan merancang menjual 50 lagi.
Encik Chua juga melepaskan satu daripada dua unit kedainya dan kini mengendalikan perniagaan itu seorang diri.
BERALIH KEPADA PASARAN PREMIUM
Pengendali lain pula memberi tumpuan kepada pasaran basikal premium.
Dualcircles, yang beroperasi menerusi janji temu dari sebuah unit perindustrian dekat Bishan, menawarkan basikal premium pada harga antara S$30 dengan sekitar S$400 bagi tempoh 24 jam.
Pemiliknya Jasper Guo menyatakan permintaan bagi basikal peringkat permulaan merosot dengan ketara sejak dua tahun lalu sedang pelanggan yang lebih mengutamakan harga beralih kepada khidmat sewa basikal.
Sekitar 80 peratus pelanggannya kini merupakan pelancong yang mencari basikal berprestasi lebih tinggi.
Dualcircles mengalami kerugian 40 peratus pada 2025, menyebabkan Encik Guo mengurangkan tenaga kerja dan berpindah dari unit lebih besar di Toa Payoh.
PERLU BERINOVASI UNTUK TERUS BERTAHAN
Profesor Madya Walter Theseira dari Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) berkata kedai sewa basikal tradisional sukar menandingi harga khidmat sewa basikal lain kerana struktur kos sedia ada mereka.
Profesor Madya George Wong dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU) pula menyarankan pengendali meneroka kawasan yang belum mempunyai kehadiran kukuh khidmat sewa basikal, seperti Pulau Ubin.
Dr Lynda Wee dari Sekolah Perniagaan Nanyang, Universiti Teknologi Nanyang (NTU), memberi amaran bahawa industri itu mungkin berdepan kemerosotan struktur dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang jika pengendali mengekalkan model perniagaan sedia ada.
Menurut beliau, pengendali perlu berinovasi dan mempelbagaikan sumber pendapatan, termasuk menerusi model langganan, keanggotaan dan jenis berbasikal.

Sumber : CNA/FD/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.