Kedai runcit, serbaneka keberatan ikut jejak langkah pasar raya kenakan bayaran bagi beg plastik
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Nuria Ling/TODAY)
SINGAPURA: Meskipun pengendali pasar raya besar akan mula mengenakan bayaran ke atas pelanggan bagi beg plastik mulai Julai nanti, segelintir kedai serbaneka dan kedai runcit memberitahu Mediacorp bahawa ia tidak merancang untuk mengikut jejak langkah tersebut.
Kebanyakan pengendali kedai lebih kecil itu menyatakan ia menjalin hubungan rapat dengan pelanggan tetapnya dan menganggap penyediaan beg plastik sebagai sebahagian daripada khidmat pelanggannya.
Sesetengah daripadanya pula merancang untuk menunggu sehingga langkah mengenakan bayaran bagi beg plastik berkuat kuasa pada Julai sebelum memutuskan pendekatan yang akan diambil.
Mengenai sama ada mereka bimbang jika pelanggan pasar raya besar akan berpusu ke kedainya untuk mendapatkan beg plastik percuma semata-mata, kebanyakan pemilik kedai berkata bahawa ia tidak menjadi keprihatinan mereka memandangkan mereka sudah mula mengenakan bayaran bagi beg plastik tambahan yang diminta pelanggan.

Mulai 3 Julai tahun ini, para pelanggan perlu membayar sekurang-kurangnya lima sen bagi setiap beg plastik yang diambil daripada pengendali pasar raya besar.
Menteri Negara Kanan bagi Kemampanan dan Sekitaran Amy Khor berkata di Parlimen pada 2 Mac lalu bahawa bayaran bagi beg plastik tersebut akan dikenakan ke atas pengendali pasar raya dengan kadar pusing ganti tahunan lebih S$100 juta.
Sekitar 400 - atau dua pertiga - daripada kesemua pasar raya di Singapura akan mengenakan bayaran tersebut, termasuk NTUC Fairprice, Cold Storage dan Sheng Siong.
Bayaran tersebut akan dikenakan bagi beg pakai buang yang diperbuat daripada semua jenis bahan kecuali beg-beg plastik yang digunakan untuk menyimpan produk hasil tanaman segar, daging atau makanan laut.
Bercakap kepada Mediacorp pada Jumaat (10 Mac), Encik P Kannan, yang mengendalikan kedai serbaneka Haveen Minimart di Jurong East, berkongsi bahawa beliau tidak akan mengenakan bayaran bagi beg plastik kerana menganggapnya sebagai sebahagian daripada khidmat yang disediakan.
Encik Kannan menambah bahawa pelanggan-pelanggan beliau, kebanyakannya adalah pelanggan tetap, mungkin berasa kurang senang jika mereka perlu mula membuat bayaran lebih bagi beg plastik.
Dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp, Pengerusi Persatuan Minimart Singapura, Alan Tay, berkata bahawa kesemua 82 anggotanya berhasrat untuk menunggu sehingga Julai apabila pasar raya mula mengenakan bayaran bagi beg plastik sebelum memutuskan sama ada untuk menyusul langkah demikian.
"Rangkaian pasar raya lebih besar dan perniagaannya tidak akan begitu terjejas berbanding kedai serbaneka yang lebih kecil seperti kami," ujarnya dalam bahasa Mandarin.
'PERLU LEBIH BANYAK PENDIDIKAN AWAM'
Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menjadi lebih prihatin terhadap alam sekitar, pemilik kedai serbaneka memberitahu Mediacorp bahawa ia selalu akan bertanya kepada pelanggan sama ada mereka memerlukan beg plastik sebelum membungkus barangan mereka.
Encik Tay malah menekankan bahawa ia merupakan suatu aspek yang memerlukan lebih banyak pendidikan awam.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.