Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kedai runcit kejiranan tanpa tunai dibuka; dikuasakan robotik & AI

Kini, anda boleh membeli barang keperluan dengan bantuan robot.

Anggaran Waktu Membaca:
Kedai runcit kejiranan tanpa tunai dibuka; dikuasakan robotik & AI

Sebuah kedai runcit berautomasi di Jurong West.

Diterbitkan : 25 May 2021 06:57PM Dikemas Kini : 25 May 2021 07:06PM

SINGAPURA: Kini, anda boleh membeli barang keperluan dengan bantuan robot.

Buat julung-julung kalinya, sebuah syarikat teknologi tempatan, Viervlak, sudah melancarkan kedai runcit automasi di kawasan kejiranan.

Sebuah kedai runcit automasi di Jurong West beroperasi sepanjang masa dan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan.

Apabila bayaran digital sudah dibuat, robot di dalam mesin itu akan bergerak untuk mengambil barang yang dibeli dan kemudian memasukkannya ke dalam unit untuk mengeluarkannya.

Kedai runcit tersebut juga mempunyai ruang sejuk bagi menyimpan barangan seperti sayur dan susu segar.

Mesin-mesin di kedai itu boleh menampung sehingga 300 produk pada satu-satu masa termasuk barangan jagaan diri, beraneka minuman dan juga kudapan.

Pemiliknya, Viervlak, merancang mempunyai 50 kedai serupa di merata Singapura menjelang akhir 2022 dengan 20 unit dipasangkan menjelang hujung tahun ini.

"Kos operasi kami jauh leih rendah berbanding kedai runcit biasa jadi kami boleh meletakkan harga lebih rendah bagi barangan kami dan meluaskan skala lebih pantas juga. Pada masa hadapan, kami akan memberi tumpuan kepada pertama, estet HDB. Kedua, institusi pengajian tinggi serta sesetengah taman perindustrian," kata Pengarah Viervlak Ray Chang.

Setakat ini, syarikat itu mempunyai dua lagi kedai seumpama itu di dua asrama pelajar.  

Sumber : CNA/NA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan