Kedai kopi Serangoon Central terbakar; 1 individu dibawa ke SGH

(Gambar: Tangkapan skrin video @shanicelsh/TikTok)
SINGAPURA: Seorang individu dikejarkan ke hospital setelah kebakaran tercetus di sebuah kedai kopi di 261 Serangoon Central Drive pada awal pagi tadi (14 Mei).
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan tentang kebakaran tersebut pada sekitar 1.20 pagi dan pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran itu menggunakan satu jet air.
"Kebakaran itu melibatkan penyalur ekzos di dapur kedai kopi di tingkat pertama bangunan tersebut," menurut SCDF semasa menjawab pertanyaan Mediacorp.
Rakaman kebakaran yang dimuat naik ke TikTok menunjukkan api marak ke penyalur di beberapa tingkat atas di tepi bangunan itu.
Kira-kira 20 orang sudah meninggalkan tempat kejadian sebelum SCDF tiba di sana dan seorang individu dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH) kerana terhidu asap.
Punca kebakaran itu sedang disiasat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.