Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kedai kopi, cawangan makanan di Tampines pergiat usaha pembersihan

Para penjual di Pasar Bulat dan Pusat Makanan Tampines secara sukarela menggiatkan lagi usaha pembersihan setelah menjadi yang pertama diberi pentauliahan "SG Clean".

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 08 Mar 2020 07:02PM Dikemas Kini : 08 Mar 2020 10:48PM

SINGAPURA: Para penjual di Pasar Bulat dan Pusat Makanan Tampines secara sukarela menggiatkan lagi usaha pembersihan setelah menjadi yang pertama diberi pentauliahan "SG Clean".

Inisiatif seluruh negara itu, yang dilancarkan tahun lalu, mengajak para peniaga dan penduduk untuk menjaga kebersihan tempat-tempat awam di tengah-tengah penularan COVID-19.

Siang tadi (8 Mac), para pekerja pembersihan di Tampines menerima kunjungan dua Anggota Parlimen GRC Tampines iaitu Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat dan Cik Cheng Li Hui.

Mereka memberikan pek-pek penjagaan kesihatan sebagai tanda penghargaan kepada para pekerja berkenaan yang bertungkus-lumus untuk melakukan kerja pembasmian kuman dan membersihkan tempat tersebut.

Majlis Bandaran Tampines menetapkan sasaran agar semua kedai kopi di Tampines, sekitar 40 daripadanya, mendapat pengesahan "SG Clean" menjelang akhir bulan ini.

Encik Heng pula berkata usaha seperti itu perlu diteruskan dan tidak terhad kepada semasa penularan COVID-19 sahaja.

Sumber : CNA/SY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan