Kedai-kedai Orchard Road beri tawaran hebat sempena Black Friday
Sedang kawasan beli-belah Orchard Road cuba dihidupkan semula, para peruncit mengambil kesempatan sempena Black Friday hari ini (24 Nov) untuk mengaup keuntungan lebih.
SINGAPURA: Sedang kawasan beli-belah Orchard Road cuba dihidupkan semula, para peruncit mengambil kesempatan sempena Black Friday hari ini (24 Nov) untuk mengaup keuntungan lebih.
Misalnya di gedung beli-belah Robinsons, orang ramai sudah mula beratur seawal pagi semalam untuk mendapatkan tawaran terbaik.
Sejak tiga tahun lalu, Robinsons mengambil bahagian dalam Black Friday iaitu hari jualan besar-besaran untuk menandakan bermulanya musim beli-belah bagi perayaan Krismas. Responsnya menggalakkan.
Tahun ini, ia mempergiat jualan dengan menawarkan diskaun sehingga 80% dan hadiah promosi termasuk peralatan jenama Apple.
Pusat beli-belah lain yang turut mengambil bahagian termasuk Metro dan Wing Tai. Black Friday kian mendapat tempat di Singapura termasuk di wadah online.
Syarikat e-dagang gergasi Qoo10 contohnya menjangkakan jualan Black Fridaynya melebihi $5 juta, peningkatan 20% berbanding tahun lalu.
Peruncit online seperti Lazada dan Zalora juga mengambil bahagian.
Dengan saingan dari peruncit online, pakar-pakar berkata kedai-kedai fizikal boleh menarik pelanggan dengan memberikan pengalaman dan khidmat yang lebih baik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.