Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kedai-kedai berdekatan stesen TEL MRT baru dikunjungi lebih ramai pelanggan

Anggaran Waktu Membaca:
Kedai-kedai berdekatan stesen TEL MRT baru dikunjungi lebih ramai pelanggan

(Gambar: CNA/Hanidah Amin)

Diterbitkan : 25 Nov 2022 12:46PM Dikemas Kini : 25 Nov 2022 12:46PM
SINGAPURA: Peniagaan-peniagaan berdekatan dua Laluan Thomson-East Coast (TEL) kini lebih rancak sejak stesen-stesen MRT itu dibuka, dengan salah satu gerai memberitahu Mediacorp bahawa jumlah pengunjung dan perniagaan meningkat 30 peratus.

Sekitar 500,000 penumpang MRT mengunjungi 11 stesen TEL Peringkat 3 apabila ia dibuka untuk perjalanan percuma pada 11 November. Stesen-stesen itu dibuka secara rasmi dua hari kemudian.

Stesen-stesen baru itu sudah memudahkan akses ke pusat beli-belah seperti Great World dan Tanglin Mall.

Para pegerai di kedua-dua pusat beli-belah itu memberitahu Mediacorp bahawa peniagaan mereka sudah meningkat sejak pembukaan stesen-stesen itu - Great World dan Orchard Boulevard - sekitar seminggu setengah lalu.

Skechers, salah satu gerai di Great World menyatakan peniagaan dan jumlah pelanggan meningkat 30 peratus secara purata. Ini semenjak stesen MRT itu dibuka.

Pengurus Skechers, Cik Irene Lee berkata: "Sebelum pembukaan stesen Great World, kebanyakan pelanggan tetap kami tinggi di kawasan berdekatan.

"Namun sejak stesen MRT dibuka, kami lihat lebih ramai keluarga datang dari kawasan lebih jauh untuk berjalan-jalan di Great World, terutamanya pada hujung minggu."

Sebelum stesen baru itu dibuka, stesen paling dekat ke Great World adalah Tiong Bahru, iaitu mengambil masa 19 minit untuk berjalan kaki.

Malahan, stesen terdekat dengan Tanglin Mall sebelum stesen Orchard Boulevard adalah Orchard - mengambil masa 16 minit untuk berjalan kaki.
Sumber : CNA/NA/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa