Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kedai kawasan kejiranan dengan tempoh pajakan 30 tahun berhati-hati rancang pelan jangka panjang

Anggaran Waktu Membaca:
Kedai kawasan kejiranan dengan tempoh pajakan 30 tahun berhati-hati rancang pelan jangka panjang

Keadaan kembali sibuk di Toa Payoh Central sedang kedai-kedai runcit dibenarkan dibuka semula. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 23 Nov 2022 11:59AM Dikemas Kini : 23 Nov 2022 12:06PM
SINGAPURA: Masa depan tidak pasti bagi Union Book Co, sebuah kedai di Bras Basah Complex yang tempoh pajakannya selama 30 tahun akan berakhir pada 2028.

Kedai buku ikonik dengan ramai pelanggan tetap yang menyumbang separuh daripada keuntungan kedai itu sedang dibelenggu dengan perubahan pada syarat-syarat sewa.

Seperti perniagaan lain dengan tempoh pajakan 30 tahun, mereka mungkin perlu kembali menyewa dengan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) apabila tamat tempoh pajakan kelak.

Ini bermakna perniagaan-perniagaan itu harus memperbaharui pajakan mereka setiap tiga tahun.

"Kami berharap HDB akan memberikan kami tempoh pajakan yang lebih panjang seperti lima atau sepuluh tahun untuk membolehkan kami merancang dengan lebih terperinci," kata Cik Margaret Ma, pengarah urusan Union Book Co.
LEBIH BANYAK TEKANAN TERHADAP UNTUNG YANG DIRAIH PERNIAGAAN

Namun tidak semua perniagaan yang akan tamat tempoh pajakan mengetahui tentang selok-belok untuk melakar saranan bagi memohon semula penyewaan di bawah kaedah kualiti harga (PQM), di mana tender akan dinilai bukan sahaja berdasarkan harga, tetapi juga pada keuntungan yang diraih kedai-kedai di kawasan berkenaan.

HDB mengumumkan perubahan-perubahan pada kriteria pemarkahan untuk tender PQM bagi lebih memenuhi keperluan penduduk dan pengendali perniagaan.

Kualiti saranan akan menyaksikan peningkatan sebanyak 60 peratus manakala harga tender akan membentuk baki 40 peratus.

Perubahan-perubahan itu akan dilaksanakan ke atas tender PQM baru bermula pada separuh pertama tahun depan.

HDB menyatakan ia akan menghubungi para pemilik kedai yang terjejas dan membantu mereka melalui peralihan tersebut.

Terdapat kira-kira 15,200 kedai di kawasan-kawasan kejiranan.

Encik Lai Cheng Yi, Pengarah Eksekutif Persekutuan Persatuan Peniaga Singapura (FMAS) berkata terdapat beberapa kawasan yang mempunyai terlalu banyak kedai yang sama dan situasi seperti ini mungkin tidak ideal.

MEMBANTU WARGA EMAS MELALUI PROSES TENDER BARU

Ramai pemilik kedai kejiranan prihatin terhadap apa yang akan berlaku selepas tempoh pajakan selama 30 tahun tamat, kata Encik Lai.

Beliau menambah bahawa FMAS akan mempergiatkan usaha mendampingi para pemilik kedai yang terjejas dan bekerjasama dengan persatuan peniaga tempatan untuk menghulurkan bantuan.

Encik Lai berkata ini termasuk membantu mereka membuat persediaan bagi keperluan tender yang baru.

Setakat ini, lebih 20 pemilik perniagaan sudah menghubungi FMAS untuk mendapatkan pertolongan, kata Encik Lai.

Beliau pecaya para pemilik perniagaan tidak perlu risau akan bersaing dengan jenama-jenama yang lebih besar kerana mereka mempunyai kelebihan dari segi nilai warisan.

Para usahawan daripada kawasan kejiranan dengan saranan yang baik juga dialu-alukan, tambah beliau.

"PQM lebih mengutamakan kualiti berbanding harga. Jika mereka mempunyai idea yang baik, mereka mempunyi peluang yang cerah."
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan