Kedai di Far East Plaza, kedai makanan segera di Bedok antara tempat dikunjungi kes COVID-19
Kedai di Far East Plaza, kedai makanan segera di Bedok antara tempat dikunjungi kes COVID-19.

(Gambar: Google Maps)
SINGAPURA: Kedai makanan segera di Bedok serta kedai di Far East Plaza adalah antara lokasi yang ditambahkan ke senarai tempat awam yang pernah dikunjungi kes COVID-19 semasa tempoh mereka berjangkit.
Dalam kemas kini keduanya mengenai keadaan koronavirus di Singapura, Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan pada Jumaat (21 Mei) bahawa mereka yang berjangkit pergi ke tempat berikut:
- Toast & Curry di 43 Siloso Beach Walk pada 12 hingga 13 Mei antara 10:00 pagi dengan 8.30 malam
- Cawangan Burger King di 11 Bedok North Street 1 pada 13 Mei antara jam 9.10 pagi dan 3.45 petang
- Cawangan McDonald's di 311 New Upper Changi Road pada 15 Mei antara 8:00 pagi dengan 8.30 pagi
- Wok Wei Kitchen di Far East Plaza pada 15 Mei dari 1.30 tengah hari hingga 2.30 petang
- Kedai buku Popular di Bukit Panjang Plaza pada 15 Mei antara 2.15 petang dengan 3 petang
- One Care Reflexology and Wellness di Far East Plaza pada 15 Mei dari 2.25 petang hingga 3.45 petang
- Masjid Jamae Chulia di 218 South Bridge Road pada 17 Mei antara pukul 1.10 tengah hari dengan 1.40 tengah hari
Mereka yang dikenal pasti sebagai kontak rapat sudah dihubungi MOH.
Sebagai langkah berjaga-jaga, individu yang berada di tempat-tempat tersebut semasa waktu yang dinyatakan dinasihati supaya memantau kesihatan mereka sepanjang 14 hari dari tarikh lawatan mereka.
"Mereka harus segera berjumpa doktor sekiranya mengalami simptom jangkitan pernafasan akut (seperti batuk, sakit tekak dan selesema), serta demam dan hilang deria rasa atau bau, dan memaklumkan doktor tentang sejarah mereka terdedah kepada jangkitan," tambah MOH.
"Mereka boleh mengakses khidmat dan memeriksa lokasi SafeEntry menerusi aplikasi TraceTogether, SingPass atau di laman https://wereyouthere.safeentry.gov.sg untuk memeriksa sama ada mereka berada di lokasi-lokasi tersebut pada waktu yang dinyatakan, berdasarkan rekod SafeEntry mereka.
Orang ramai tidak perlu elak tempat-tempat di mana kes COVID-19 disahkan, menurutnya lagi.
"Agensi Sekitaran Kebangsaan akan bekerjasama dengan pihak pengurusan semua premis terjejas untuk membimbing mereka mengenai kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman."
MOH melaporkan 40 kes baru COVID-19 di Singapura, 30 daripadanya jangkitan dalam masyarakat. Baki 10 kes diimport.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.