Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kedai barang terpakai terima banyak derma barangan, namun kurang relawan membantu

Kedai-kedai barang terpakai ataupun "thrift shops" di merata negara menyaksikan lonjakan dalam jumlah barangan yang didermakan, khususnya bagi kelengkapan rumah, barangan elektronik dan pakaian.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Jan 2022 10:05PM Dikemas Kini : 04 Jan 2022 10:06PM

SINGAPURA: Kedai-kedai barang terpakai ataupun "thrift shops" di merata negara menyaksikan lonjakan dalam jumlah barangan yang didermakan, khususnya bagi kelengkapan rumah, barangan elektronik dan pakaian.

Namun, kerisauan dan langkah-langkah pengurusan selamat pandemik COVID-19 menyebabkan jumlah sukarelawan yang tampil untuk menghulurkan bantuan semakin berkurangan.

Sumbangan barangan mencurah-curah di salah sebuah kedai barang terpakai.

Untuk menguruskan lonjakan itu dan mengelakkan pembaziran, kedai itu menyenaraikan barangan yang mempunyai permintaan di laman mereka.

Kedai itu menyaksikan sumbangan bertambah dua kali ganda pada 2021 berbanding tahun sebelumnya.

Dengan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang, kedai itu juga menjangkakan sumbangan akan meningkat lagi.

Ini menimbulkan cabaran untuk menyusun barangan.

Oleh kerana langkah-langkah keselamatan COVID-19, hanya 18 orang dibenarkan dalam kedai itu pada setiap masa.

Di The Salvation Army pula, jumlah sukarelawan yang tampil untuk membantu juga semakin berkurangan sebanyak 80 peratus berbanding tahun sebelumnya.

The Salvation Army juga menyeru lebih ramai sukarelawan untuk tampil menghulurkan bantuan.

Sumber : CNA/IA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa