Kecerdasan buatan, keselamatan siber tumpuan Festival FinTech S'pura
Festival FinTech Singapura dianjurkan di sini buat kali ketiga.
SINGAPURA: Festival FinTech Singapura dianjurkan di sini buat kali ketiga.
Persidangan yang diadakan selama tiga hari itu menumpukan perhatian kepada kecerdasan buatan (AI) dan keselamatan siber di rantau ASEAN.
Di pembukaan acara tersebut, Pengarah Urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) Ravi Menon berkongsi tentang perlunya untuk mewujudkan sebuah ekosistem teknologi kewangan atau FinTech.
Beliau juga menggesa agar akan ada lebih banyak ketersambungan data global berbanding data setempat.
Perkara ini dapat dilihat dengan tiga kerjasama khidmat bayaran yang diumumkan hari ini (12 Nov).
DBS dan GO-JEK akan bekerjasama dengan melancarkan khidmat bersama itu di sini sebelum diluaskan ke negara ASEAN yang lain.
UOB pula akan menyediakan khidmat kewangan kepada pangkalan pengguna Grab di ASEAN.
Satu lagi kerjasama adalah jenama permainan elektronik Razer, yang akan membangunkan Razer Pay iaitu aplikasi dompet elektronik bersama NETS.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.