Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kecerdasan buatan, hologram & rangkaian 5G dimanfaat pertingkat jagaan kesihatan

Kecerdasan buatan (AI) yang dapat meramalkan bila keadaan para pesakit akan menjadi lebih baik atau sebaliknya dan kaedah hologram yang dapat membantu para pakar menjalankan pembedahan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kecerdasan buatan, hologram & rangkaian 5G dimanfaat pertingkat jagaan kesihatan

Gambar fail: TODAYonline

Diterbitkan : 03 Dec 2021 08:04PM Dikemas Kini : 03 Dec 2021 08:08PM

SINGAPURA: Kecerdasan buatan (AI) yang dapat meramalkan bila keadaan para pesakit akan menjadi lebih baik atau sebaliknya dan kaedah hologram yang dapat membantu para pakar menjalankan pembedahan.

Itulah antara teknologi-teknologi baru yang dihasilkan menerusi sistem superkomputer yang dirancangkan di semua institusi jagaan kesihatan awam menjelang pertengahan tahun depan.

Buat julung-julung kalinya juga rangkaian khidmat 5G akan diperkenalkan di hospital awam di Hospital Universiti Nasional (NUH).

Dengan teknologi itu, para pakar bedah misalnya boleh berinteraksi dengan model hologram yang menunjukkan imbasan otak pesakit.

Buat masa ini, mereka sedang menguji teknologi holo-perubatan untuk mengesahkan ketepatan model itu bagi pembedahan otak pesakit.

Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) juga sedang membangunkan rangkaian khidmat 5G bersama Singtel di Hospital Universiti Nasional (NUH).

Rangkaian 5G itu dapat memastikan penggunaan teknologi hologram sedemikian berjalan licin.
Singapura juga sedang membangunkan sebuah superkomputer, khusus bagi membolehkan para penyelidik mencipta huraian jagaan kesihatan yang memanfaatkan kecerdasan buatan.

NUHS dan Pusat Pengkomputeran Nasional Singapura sudah memeterai perjanjian bagi menyediakan superkomputer itu di semua institusi jagaan kesihatan awam.

Menerusi teknologi tersebut, para doktor dapat menjangkakan keadaan kesihatan pesakit.

Menurut NUHS, beberapa langkah akan dilaksanakan bagi memastikan datanya sentiasa dilindungi. 

Sumber : CNA/AI/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan