Kebocoran minyak terminal Johor; operasi pembersihan dijalankan dekat Pulau Ubin, di Pantai Changi
Anggaran Waktu Membaca:
Operasi pembersihan sedang dijalankan bagi tompok minyak dekat pulau Ubin dan di Pantai Changi. (Gambar: Facebook/MPA)
SINGAPURA: Operasi pembersihan berhampiran pantai Pulau Ubin dan sepanjang Pantai Changi sedang dijalankan menyusuli kebocoran minyak di Terminal Langsat di Johor, menurut pihak berkuasa Singapura pada Jumaat (4 Apr).
Penyerap minyak akan ditempatkan di Paya Bakau Chek Jawa di Pulau Ubin sebagai langkah berjaga-jaga untuk melindungi kawasan sensitif biodiversiti, menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Lembaga Taman Negara (NParks) dan Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam kenyataan media bersama.
SFA juga sedang bekerjasama dengan ladang-ladang ikan di Selat Johor Timur bagi mengambil langkah-langkah pencegahan yang diperlukan.
Penguasa Pelabuhan Johor memaklumkan kepada MPA bahawa kebocoran minyak di Terminal Langsat telah berhenti dan operasi pembersihan tumpahan sedang dijalankan.
Satu tompok minyak yang disebabkan oleh kebocoran tersebut telah dilihat di bahagian timur Selat Johor di luar pantai Pulau Ubin pada petang Khamis.
MPA menyatakan dalam satu catatan Facebook pada Khamis malam bahawa ia sedang berhubung dengan Penguasa Pelabuhan Johor, yang mengesahkan kejadian tumpahan minyak di dalam terminal tersebut.
MPA sudah menghantar tiga kapal ronda dan satu kapal tindak balas tumpahan minyak untuk meninjau kawasan tersebut dan menjalankan usaha-usaha pembersihan.
Pihak berkuasa menyatakan dalam kemas kini awal pada Jumaat bahawa dron dan imej satelit telah diaktifkan bagi memantau perairan di sekitar kawasan itu untuk sebarang tompok minyak tambahan.
Sistem pemulihan minyak tambahan yang dikenali sebagai 'Marine Oil Sweeper' juga telah dikerahkan di luar Pulau Ubin dan berada dalam keadaan bersedia sekiranya tompok minyak lain di laut dikesan.
NEA menasihatkan orang ramai supaya tidak berenang dan melakukan aktiviti air kontak utama lain di Pantai Changi dan Pantai Pasir Ris sehingga notis lanjut.
Sebahagian kawasan pantai di Taman Pantai Changi juga akan dikepung untuk memudahkan operasi pembersihan.
Sebagai langkah berjaga-jaga, akses awam ke Paya Bakau Chek Jawa ditutup sementara sehingga diberitahu kelak.
"Tiada tompok minyak lain di laut dan di pantai telah dilihat pada masa ini," menurut pihak berkuasa.
"MPA dan agensi-agensi rakan terus memantau keadaan dengan rapi dan akan memberikan kemas kini jika terdapat perkembangan penting."

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.