Kebocoran minyak di loji penapis Pulau Bukom Shell berhenti, kerja pembersihan selesai
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: MPA, NEA, NParks, SDC)
SINGAPURA: Kebocoran minyak di loji penapisan Shell yang terletak di Pulau Bukom sudah berhenti, dengan kerja-kerja membersihkan minyak juga selesai, tulis agensi-agensi pemerintah dalam satu kenyataan bersama pada Sabtu (28 Dis).
Sebelum ini, Shell menyatakan bahawa produk minyak yang ditapisnya termasuk ke dalam air disebabkan kebocoran di sebuah unit pemprosesan minyak di Pulau Bukom.

Ia dianggarkan bahawa beberapa tan produk minyak yang ditapis bocor, serta dengan pelepasan air penyejuk.
Menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Lembaga Taman Negara (NParks) dan Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) hari ini, tiada lagi minyak dilihat masuk ke dalam saluran pelepasan air penyejuk, selepas Shell menutup unit pemprosesan minyaknya semalam.
"Usaha untuk mencari sumber kebocoran di unit tersebut masih dijalankan," tambah agensi-agensi tersebut.
LANGKAH BERJAGA-JAGA
Agensi-agensi pemerintah pada Sabtu menyatakan bahawa cemaran minyak dilihat oleh Shell kira-kira pukul 9.30 pagi Khamis (26 Dis), dan dilaporkan kepada MPA dan NEA masing-masing pada pukul 11.58 pagi dan 1.15 tengah hari.
Sebuah kapal MPA tiba di tempat kejadian pada pukul 12.15 tengah hari untuk menilai keadaan dan menghulur bantuan.
"Penilaian awal pada 26 Dis (Khamis) menentukan skala kesan minyak adalah kecil, tanpa sebarang risiko terhadap keselamatan awam atau kawasan alam sekitar yang sensitif, disebabkan langkah-langkah berjaga-jaga yang dilaksanakan Shell," dedah agensi itu.
Pembendung sudah ditempatkan dan bahan penyerap serta bahan penyembur digunakan di mana air penyejuk dibuang.
MPA mengerahkan tiga kapal peronda pada Jumaat apabila Shell meminta bantuan untuk mempercepatkan kerja membersihkan kesan minyak di Pulau Bukom.
Tiada kesan kesan minyak atau tompok minyak di perairan Sentosa, dan pantainya masih dibuka untuk aktiviti air, tambah agensi tersebut.
Walau bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, bahan penyerap minyak sudah ditempatkan di Taman Marin Sisters' Islands (Pulau Subar Darat dan Pulau Subar Laut) dan pantai di Sentosa.
Dalam kenyataan berasingan, Shell menyatakan pada Sabtu bahawa ia akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memantau keadaan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.