Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kebebasan mengamal agama akan terus dilindungi perlembagaan, kata AP Melayu

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lebih ramai Anggota Parlimen (AP) Melayu bangkit untuk membahaskan isu pemansuhan Seksyen 377A di Parlimen pada Selasa (29 Nov), dengan mengajak masyarakat supaya tidak berpecah-belah dengan pemansuhan Seksyen 377A. 

"Ramai yang telah membincangkan isu ini, dan menzahirkan sokongan dan juga bantahan. Masyarakat Melayu/Islam kita bukan masyarakat monolitik - setiap generasi mempunyai pandangan, latar belakang dan pengalaman yang berbeza," kata Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio Cik Nadia Ahmad Samdin. 

Tambahnya, dalam perbincangan beliau bersama badan-badan dan indvididu, beliau mendengar saranan yang berbeza. 

"Ramai yang telah menzahirkan harapan agar institusi keluarga dilindung, disamping pemansuhan Seksyen 377A."

AP Dilantik Abdul Samad Abdul Wahab pula akur terdapat golongan yang bimbang dengan  pemansuhan Seksyen 377A terdapat desakan bagi lebih lagi atas dasar hak asasi yang sama untuk masyarakat dan sama ada Pemerintah akan juga menyokong dan mengizinkan, sama seperti sekarang? 

"Memang tidak salah untuk melahirkan kebimbangan, namun kita harus akur bahawa dunia ini milik semua mahluk ciptaan," kata Encik Abdul Samad.

"Janganlah kita asingkan mereka hanya kerana keadaan nafsu mereka berlainan dengan kita. Sebarkan sifat rahmah di kalangan manusia dan mengenali cabaran mereka," tambah beliau.

Dalam pada itu, Menteri Negara Ehwal dalam Negeri Profesor Madya Muhd Faishal Ibrahim menjelaskan bahawa pemansuhan Seksyen 377A tidak akan menjejas kebebasan masyarakat Melayu/Islam mengamalkan agama, dan kebebasan itu akan terus dilindungi Perlembagaan. 

"Para pemimpin masyarakat Melayu/Islam dan asatizah boleh terus bebas berdakwah tentang pegangan Islam terhadap homoseksualiti, termasuk melakukannya secara maya untuk melibatkan lebih ramai belia dalam hal ini, asalkan ianya dilaksanakan secara berhemah, tidak melampaui batas dan mengundang keganasan atau kebencian terhadap orang lain." 

Sumber : CNA/DY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan