Kebaya diiktiraf UNESCO: Pencinta kebaya tempatan sambut penuh bangga
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pencinta kebaya tempatan menyambut dengan penuh bangga pengiktirafan kebaya sebagai Warisan Budaya Tidak Ternilai UNESCO.
Bagi mereka, pengiktirafan itu bukan sekadar memartabatkan warisan budaya serantau tetapi juga memastikan kesinambungan tradisi kaya yang berakar di Asia Tenggara.
Pengiktirafan rasmi itu diumumkan pada Rabu (4 Dis) semasa Sesi ke-19 Persidangan Jawatankuasa Antara Pemerintah bagi Memelihara Warisan Budaya Tidak Ternilai yang berlangsung di Asunción, Republik Paraguay.

Pencinta Kebaya Cik Haslinda Putri Harun menyifatkan pengiktirafan global itu sebagai tonggak penting dalam memperkukuhkan kebaya sebagai simbol budaya bersama yang penuh identiti.
Beliau juga meluahkan harapannya bahawa pengiktirafan global terhadap kebaya itu akan memastikan kelangsungan budaya tersebut, khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu Singapura.
"Dengan pengiktirafan global ini, ia sudah tentu mengangkat kebaya sebagai lambang kebanggaan dan memupuk rasa identiti bersama yang lebih mendalam di seluruh dunia.
"Saya turut berasa gembira kerana ini juga akan menjanjikan kelangsungan budaya di mana kita dapat memastikan bahawa kebaya kekal sebagai sebahagian daripada identiti budaya dan warisan orang Melayu Singapura," kata Cik Haslinda kepada wartawan Nur Arina Ahmad Anis.
Cik Haslinda turut menyeru generasi muda agar melestarikan warisan kebaya.
"Saya berharap pengiktirafan global terhadap budaya dan kekayaan warisan Nusantara akan menjadi sumber inspirasi di seluruh dunia untuk menggalakkan generasi muda kita untuk mempertahankan dan memelihara tradisi kebaya ini," tambah Cik Haslinda.
Pengasas Kebaya Société, Encik Sufiyanto Amat Sopingi, turut menyambut baik pengiktirafan kebaya sebagai Warisan Budaya Tidak Ternilai UNESCO, menyifatkannya sebagai peluang untuk membawa busana tradisional itu ke pentas global.

"Dengan pengiktirafan ini, ia akan mencetus minat dalam kalangan masyarakat umum tentang kebaya dan ia akan mendorong generasi muda untuk lebih memahami dan juga memakai busana kebaya," kata beliau.
Encik Sufiyanto menambah bahawa pengiktirafan kebaya itu membuka peluang untuk busana tradisional ini dikenali dengan lebih luas, meskipun terdapat variasi dalam setiap negara Asia Tenggara.
"Saya rasa kebaya mempunyai potensi untuk berkembang di tahap antarabangsa walaupun ia mempunyai pelbagai variasi, ia akan tetap dikenali sebagai busana Asia Tenggara," ujarnya.
Menurut beliau, kebaya melambangkan kepelbagaian budaya dan identiti yang unik di rantau ini.
"Kebaya itu digunakan dengan cara dan budaya sendiri. Kebaya yang dipakai oleh kaum Melayu ataupun kaum Serani dan Peranakan mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan cara pemakaiannya juga berbeza antara lapisan masyarakat," jelas Encik Sufiyanto.

Dalam catatannya di Facebook semalam, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Singapura, Encik Edwin Tong, menyifatkan pencapaian kebaya yang diiktiraf sebagai Warisan Budaya Tidak Ternilai oleh UNESCO sebagai satu kejayaan yang patut diraikan.
Encik Tong juga mengajak masyarakat untuk bersama-sama meraikan pencapaian itu dan memelihara warisan budaya tersebut untuk generasi akan datang.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.