Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kebanyakan penduduk S'pura mahu sekatan ketat terhadap kemasukan warga asing: Tinjauan

Meskipun kebanyakan penduduk Singapura mahu had yang ketat ke atas jumlah warga asing yang memasuki negara ini, pandangan ini lebih ketara dalam kalangan penduduk lebih berusia.

Anggaran Waktu Membaca:
Kebanyakan penduduk S'pura mahu sekatan ketat terhadap kemasukan warga asing: Tinjauan

Para pejalan kaki di Orchard Rd pada 4 Sep 2020. (Gambar: Marcus Mark Ramos)

Diterbitkan : 25 Mar 2021 12:06AM Dikemas Kini : 25 Mar 2021 12:08AM

SINGAPURA: Meskipun kebanyakan penduduk Singapura mahu had yang ketat ke atas jumlah warga asing yang memasuki negara ini, pandangan ini lebih ketara dalam kalangan penduduk lebih berusia.

Ini antara dapatan kajian yang dijalankan oleh Institut Pengajian Dasar (IPS).

Kajian itu meninjau lebih 2,000 penduduk Singapura antara 20 November 2019 dengan Mac 2020 bagi memahami sikap awam terhadap dasar-dasar imigresen, termasuk perasaan mereka mengenai kesan imigresen terhadap pasaran kerja Singapura, kepelbagaian budaya dan perpaduan sosial.

Antara dapatannya adalah, jumlah amat kecil responden tidak suka berjiran dengan para pendatang atau pekerja asing.

Secara keseluruhannya, ia mendapati bahawa para responden lebih muda dan berpendidikan bersikap lebih positif terhadap para pendatang dan warga asing.

Bagi para responden lebih muda, ini kelihatan konsisten dengan kecenderungan umum mereka dalam keseluruhan kajian untuk bersikap lebih terbuka kepada kepelbagaian dan perbezaan, menurut laporan itu.

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan