Kebanyakan pelajar antarabangsa sudah kembali ke S'pura bagi pengajian di universiti
Kebanyakan pelajar antarabangsa yang menuntut di universiti-universiti berautonomi Singapura sudah kembali ke sini untuk mengikuti kelas dalam penggal baru ini di tengah-tengah pandemik COVID-19, dengan sebahagiannya memilih untuk meneruskan pembelajaran online dari luar negara.
(Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Kebanyakan pelajar antarabangsa yang menuntut di universiti-universiti berautonomi Singapura sudah kembali ke sini untuk mengikuti kelas dalam penggal baru ini di tengah-tengah pandemik COVID-19, dengan sebahagiannya memilih untuk meneruskan pembelajaran online dari luar negara.
Menjawab pertanyaan dari Mediacorp, Universiti Nasional Singapura (NUS), Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) menyatakan bahawa kebanyakan pelajar antarabangsanya sudah kembali ke Singapura.
"Kami akan terus menyokong para pelajar antarabangsa selebihnya dalam penghantaran permohonan mereka kepada agensi-agensi berkenaan untuk mendapatkan kelulusan yang perlu," kata seorang jurucakap NUS.
Kebanyakan pelajar SUTD tiba di Singapura bagi menjalani notis jangan keluar rumah selama 14 hari sebelum penggal sekolah baru bermula pada 14 Sep, kata jurucakap universiti itu.
"Mereka yang tidak dapat tiba tepat pada waktunya, disebabkan kesukaran mendapatkan penerbangan keluar dari negara asal mereka, boleh mengikuti kelas secara online buat sementara waktu," tambah jurucakap itu.
Universiti Pengurusan Singapura (SMU) menyatakan "sejumlah" pelajar antarabangsa sudah kembali ke Singapura bagi penggal akademik yang baru.
Ia juga sedang membantu para pelajar selebihnya dalam menghantar pendaftaran bagi mendapatkan kelulusan yang perlu untuk mereka kembali ke Singapura.
Keempat-empat universiti itu juga menyatakan bahawa mereka kekal berhubungan dengan para pelajar yang berada di luar negara dan menyokong mereka menerusi kelas-kelas secara onlne.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.