Kebanyakan belia SG puas hati dengan hidup; 39% tidak pernah jalin hubungan cinta: Kajian IPS-NYC
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: Ooi Boon Keong/TODAY)
SINGAPURA: Seramai 64 peratus anak muda berasa berpuas hati dengan kehidupan masing-masing pada 2022, berdasarkan satu kajian yang memantau lebih 3,000 rakyat Singapura berusia antara 17 dengan 24 tahun, sepanjang tempoh enam tahun dari 2017 sehingga 2022.
Walaupun angka berkenaan merosot daripada 74 peratus pada 2017, para penyelidik menegaskan bahawa penyusutan itu selaras dengan perangkaan global, selain mencerminkan pengalaman kehidupan biasa di mana tahap kegembiraan lazimnya turun apabila seseorang itu memasuki usia 20-an tahun.
Kajian itu turut mendapati 39 peratus responden tidak pernah menjalani hubungan cinta - dengan hambatan utama adalah kegagalan bertemu dengan orang yang 'tepat'.
Sebab-sebab lain yang diberikan termasuk mempunyai keutamaan lain yang lebih penting dalam hidup, dengan ada yang berpandangan bahawa menjalin hubungan cinta di Singapura adalah satu perkara yang mencabar dari segi "perbelanjaan dan jangkaan".
Pasukan penyelidik berkata peluang yang terbatas bagi interaksi sosial disebabkan pandemik COVID-19 mungkin salah satu faktor data "mengejutkan" ini.
Kajian tersebut, yang bertajuk Kajian mengenai Peralihan dan Laluan Berubah-ubah Belia di Singapura (Youth Steps), merupakan hasil kerjasama antara Majlis Belia Kebangsaan (NYC) dengan Lab Sosial Institut Kajian Dasar (IPS) di Universiti Nasional Singapura.
MENGAPA DAPATAN INI PENTING
Youth Steps adalah kajian membujur negara mengenai anak muda. Ia antara lain menyelongkar kepuasan hidup, aspirasi dan keutamaan yang dianggap penting oleh golongan itu, sedang mereka melangkah dari alam remaja ke dewasa.
Ketua Pegawai Eksekutif NYC, Encik David Chua, berkata di satu sidang media pada Isnin (5 Ogos) bahawa dapatan kajian itu penting buat penggubalan dasar yang dijalankan Pemerintah dan pihak-pihak berkepentingan demi membantu belia bertahan.
KERJAYA JADI KEUTAMAAN TAPI...
Bagi bab keutamaan kehidupan, "mempunyai kerjaya yang bagus" diletakkan pada tangga kedua dalam senarai matlamat hidup responden buat lima tahun selanjutnya.
Perkara yang paling diutamakan pula adalah "mempunyai kesihatan yang baik" sementara "mempunyai banyak duit" adalah perkara ketiga yang diberikan penekanan.
Sekalipun responden yang sudah bekerja melaporkan selama ini mengalami lebih banyak tekanan di tempat kerja, ramai lagi menyatakan mereka berpuas hati dengan pekerjaan masing-masing dan mampu tahan dengan tekanan kerja dengan sangat baik sekali.
Dr Chew Han Ei, penyiasat utama kajian, berkata dapatan-dapatan ini menunjukkan bahawa anak muda hari ini "semakin berusaha mencapai kejayaan dalam kehidupan profesional mereka - tidak seperti dakwaan bahawa pekerja muda zaman sekarang membuat kerja ala kadar sahaja (quiet quitting)".
Namun, dalam kalangan anak muda yang tidak bekerja, seramai 43 peratus bimbang tentang bagaimana rangkaian sosial mereka yang terbatas bakal menjadi hambatan untuk mengikuti laluan kerjaya yang diinginkan.
Perkara ini sudah secara konsisten disebutkan sebagai hambatan utama bagi pekerjaan, sejak 2019.

Sumber : Today/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.