Skip to main content

Singapura

Kebakaran tercetus di Pulau Kusu

Anggaran Waktu Membaca:
Kebakaran tercetus di Pulau Kusu

Gambar: Facebook/ Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF)

SINGAPURA: Satu kebakaran yang berlaku pada Ahad malam (17 Apr) di Pulau Kusu berhampiran pantai selatan Singapura sudah berjaya dipadamkan, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Pasukan bomba marin dan darat dikerahkan untuk memadamkan api sekitar pukul 6.30 petang, yang sudah merebak ke kawasan kuil di atas bukit, tulis SCDF di Facebooknya awal hari ini (18 Apr)

SCDF mengerahkan sebuah kapal penyelamat marin (MRV) dan kapal respons pantas kebakaran dari Balai Bomba Marin Brani dan Balai Bomba Marin West Coast serta beberapa pegawai bomba dari Balai Bomba Marine Bay.

"Dengan menggunakan MRV sebagai pengepam air, anggota bomba sudah meletakkan beberapa hos dari jeti ke atas bukit, meliputi jarak sepanjang 520 meter," menurut SCDF.

"Kebakaran dipadamkan menggunakan dua jet air dalam masa satu jam selepas ketibaan SCDF di pulau berkenaan."

Tiada kecederaan dilaporkan dan siasatan bagi punca kebakaran masih dijalankan, menurut SCDF.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita