Skip to main content

Singapura

Kebakaran tercetus di flat Lavender berpunca dari bateri basikal elektrik: SCDF

Anggaran Waktu Membaca:
Kebakaran tercetus di flat Lavender berpunca dari bateri basikal elektrik: SCDF

Gambar: Facebook/SCDF

Diterbitkan : 12 Dec 2023 04:37PM Dikemas Kini : 12 Dec 2023 04:38PM
SINGAPURA: Anggota bomba dari Pasukan Pertananan Awam Singapura (SCDF) memadamkan api di Blok 436 Crawford Lane lewat hari Isnin (11 Dis), menurut SCDF pada Selasa (12 Dis).

Tiada orang cedera dalam insiden itu, yang melibatkan kandungan dalam ruang tamu sebuah flat di tingkat 15 blok tersebut.

Siasatan awal mendapati kebakaran itu tercetus disebabkan bateri basikal elektrik yang sedang dicas di ruang tamu, menurut SCDF dalam satu catatan Facebook.
Related article image
Siasatan awal mendapati kebakaran itu tercetus disebabkan bateri basikal elektrik yang sedang dicas di ruang tamu, menurut SCDF dalam satu catatan Facebook. (Gambar: FB/SCDF)
Anggota bomba dari Balai Bomba Kallang memberi respons kepada kebakaran itu sekitar pukul 11.50 malam Isnin. Sebaik tiba di lokasi kejadian, asap hitam dilihat keluar dari unit tersebut.

Tiada orang berada di dalam unit tersebut semasa kebakaran berlaku dan anggota bomba "memecah masuk ke dalam unit itu".

"Api dipadamkan oleh SCDF menggunakan jet air. Kira-kira 35 penduduk blok terjejas diarahkan keluar sebelum ketibaan SCDF," menurut SCDF.

SCDF mengingatkan para pemilik alat pergerakan peribadi dan basikal elektrik supaya tidak mengecas bateri untuk tempoh berlebihan daripada yang sepatutnya atau semalaman.

Mereka juga harus mengelak daripada membeli atau menggunakan bateri bukan asli, tambah SCDF.
Sumber : CNA/NK/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita