Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kebakaran tercetus di 2 flat Yishun selang beberapa jam

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lima orang dibawa ke hospital pada Sabtu (1 Okt) ekoran kebakaran yang tercetus di sebuah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Yishun, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF). 

Siasatan awal mendapati kebakaran itu mungkin berpunca daripada pek bateri sebuah basikal berkuasa bateri di ruang tamu unit berkenaan, menurut SCDF. 

SCDF dimaklumkan mengenai kebakaran di tingkat lima Blok 451 Yishun Ring Road sekitar pukul 9.50 pagi. 

"Setibanya di sana, api sedang marak dalam unit tersebut. Para anggota bomba SCDF yang memakai set peralatan pernafasan memasuki unit yang berasap itu untuk melakukan operasi memadamkan api dan menyelamatkan mangsa," menurut SCDF dalam catatan Facebooknya. 

"Kebakaran tersebut, yang melibatkan kandungan di ruang tamu dan sebahagian dapur, dipadamkan oleh SCDF menggunakan jet air." 

Lima orang diselamatkan dari bilik-bilik tidur flat itu dan dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH). Dua daripada mereka mengalami mengalami kecederaan ringan, menurut SCDF.

Sekitar 100 penduduk yang menetap di tingkat tiga hingga tujuh blok berkenaan dipindahkan oleh polis sebagai langkah berjaga-jaga. 

"Hamster yang ditemui dalam beberapa sangkar haiwan peliharaan di ruang servis unit yang terjejas juga diselamatkan," tambah SCDF. 

SCDF turut menarik perhatian bahawa seorang penduduk cuba untuk memadamkan kebakaran itu sebelum anggota-anggota bomba tiba ke tempat kejadian. 

"Kami difahamkan bahawa seorang penduduk yang tinggal berdekatan cuba untuk memadamkan api dengan menggunakan alat pemadam api sebelum ketibaan SCDF," menurut SCDF. 

"Kami akan menghubunginya untuk memuji beliau atas semangat kemasyarakatan awam yang ditonjolkan." 

SATU LAGI KEBAKARAN TERCETUS DI YISHUN

(Gambar: Lakeisha Leo/CNA)

Satu lagi kebakaran berlaku kemudian pada hari yang sama di Yishun, di Blok 604 Yishun Street 61.

SCDF menyatakan ia dimaklumkan mengenai insiden tersebut sekitar pukul 12.35 tengah hari. Ia menambah bahawa kebakaran itu melibatkan kandungan di bilik tidur di sebuah unit di tingkat sembilan. 

Kebakaran itu dipadamkan menggunakan satu jet air. 

Dua orang dipindahkan dari flat tersebut sebelum anggota bomba tiba di tempat kejadian. Mereka dinilai sama ada telahpun terhidu asap dan enggan dibawa ke hospital, menurut SCDF.

Punca kebakaran sedang disiasat, tambahnya. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan