Skip to main content

Singapura

Kebakaran sebesar padang bola sepak selubungi kilang simpan kimia di Tuas

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Jul 2023 08:48AM Dikemas Kini : 05 Jul 2023 09:28PM
SINGAPURA: Kebakaran sebesar saiz padang bola sepak di sebuah kilang berlaku di Tuas pada awal pagi Rabu (5 Jul), menurut pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Kebakaran itu "menyelubungi seluruh premis tersebut", di mana ia menyimpan dan mengedar kimia, dedah SCDF.

SCDF dimaklumkan tentang kebaran tersebut di 11 Tuas Link 1 sekitar pukul 2.05 pagi, menurut catatan Facebooknya. Ia menambah bahawa operasi memadam api "dijangka operasi berpanjangan"

Api sedang marak ketika SCDF tiba di lokasi, menurut kemas kini 30 minit selepas ketibaan anggota bomba.

"Anggota bomba dari Balai Bomba Tuas, Balai Bomba Tuas View dan Unit Respons Khas mengerahkan empat jet air dan satu Mesin Memadamkan Kebakaran Tanpa Pengendali (UFM) untuk mengawal kebakaran dan menghalangnya daripada merebak ke kawasan berdekatan."

Dalam satu lagi kemas kini pada pukul 6.10 pagi, SCDF menyatakan kebakaran dapat dikawal dengan lima jet air dan buih, serta dua mesin memadamkan kebakaran tanpa pengendali.

"Disebabkan operasi memadamkan api, orang awam dinasihatkan supaya tidak mendekati kawasan itu."

Akibat kebakaran tersebut, khidmat kereta api tergendala seketika antara Tuas Link dengan Tuas West Road, lapor SMRT. Khidmat kereta api disambung pada pukul 7.21 pagi.

Menurut SCDF, tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

Kebakaran berjaya dipadamkan dalam masa kira-kira empat jam.

Pasukan bomba kemudiannya menjalankan operasi membasahkan permukaan-permukaan yang terbakar untuk mengelakkan kebakaran tercetus semula.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita