Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kebakaran Pulau Kusu: Penjaga makam terkedu lihat keramat hangus dijilat api

Anggaran Waktu Membaca:
 Kebakaran Pulau Kusu: Penjaga makam terkedu lihat keramat hangus dijilat api

Seorang pekerja pembersih di Pulau Kusu terlihat api kebakaran dan asap berlegar di atas bukit di mana terletaknya makam-makam. (Gambar: Hari Haran)

SINGAPURA: Encik Ishak Samsudin, mengalirkan air mata ketika menceritakan tentang kebakaran yang berlaku di Pulau Kusu pada Ahad malam (17 Apr). Beliau merupakan penjaga generasi keenam keramat yang terletak di pulau tersebut.

Menurut Encik Ishak, kejadian itu adalah kali pertama insiden sedemikian rupa menimpa keramat tersebut, yang dibina atas puncak bukit berkenaan.

"Sejak sekian lamanya, mungkin 100 tahun, tiada apa yang berlaku. Ini adalah kali pertama ia terjadi," kata Encik Ishak yang sudah menjaga keramat di sana selama 18 tahun.

ishak caretaker kusu makam
Encik Ishak Samsudin (kiri), penjaga generasi keenam makam di Pulau Kusu. (Gambar: Chew Hui Min/CNA)


Beliau meninggalkan pulau itu sekitar pukul 4.30 petang Ahad sebelum kebakaran berlaku. Menurutnya, ketika itu masih terdapat "ramai orang" di pulau tersebut.

Pada lewat petang hari berkenaan, pekerja pembersih Hari Haran ternampak api serta kepulan asap di puncak bukit itu dan beliau pergi meminta bantuan.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) bertindak memberi respons kepada kebakaran itu sekitar jam 6.30 petang di tengah-tengah cuaca hujan lebat, dengan mengerahkan kedua-dua pasukan marin serta pasukan bomba yang berpangkalan di darat.

Api kebakaran dipadamkan dalam masa sejam selepas SCDF tiba di pulau itu, menurut pasukan tersebut. Ia menambah tiada kecederaan dilaporkan.

Encik Ishak berkata tiada bekalan elektrik di keramat tersebut maka itu, kebakaran tidak mungkin berpunca daripada elektrik.

"Saya fikir tidak mungkin kebakaran itu teruk, kami tidak menggunakan sebarang elektrik... tiada kilat," ujarnya dengan wajah yang muram.

Beliau bersetuju untuk ditemu bual hanya selepas dihampiri buat kali kedua dan dirinya masih dalam keadaan terkejut.

"Apabila saya sampai ke sini kira-kira jam 7.30 malam (pada Ahad) - api sangat besar. Tentang punca kebakaran, saya tidak tahu... Saya tergamam. Saya fikir ia tidak mungkin terjadi," katanya lagi.

Apabila Mediacorp tiba di pulau itu pada pagi Isnin, pegawai SCDF kelihatan sedang memantau keadaan dan tiada pelawat dibenarkan menziarah keramat di sana.

Penyiasat kebakaran yang turut berada di tempat kejadian, turun dari bukit itu pada pukul 2.30 petang dan hanya selepas itu, wartawan dibenarkan untuk mendekati kawasan keramat.

Sebahagian bangunan hangus terbakar dan jubin yang rosak berselerakan di atas tanah.

"110 peratus musnah sama sekali," kata Encik Ishak kepada Mediacorp dengan rasa duka.

Apabila ditanya jumlah yang diperlukan untuk membina semula keramat itu, beliau menganggarkan ia akan menelan belanja ratusan ribu dolar.

"Saya hanya berdoa dan berharap semua akan berjalan lancar untuk saya."

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan