Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kebakaran PMD di Bukit Batok West: Seorang lelaki, bayi perempuan dirawat ke hospital

 Seorang lelaki dan seorang bayi dikejarkan ke hospital selepas satu kebakaran tercetus di sebuah unit flat di blok 416 Bukit Batok West Avenue 4, pagi tadi (8 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Oct 2019 05:55PM Dikemas Kini : 08 Oct 2019 10:33PM

SINGAPURA: Seorang lelaki dan seorang bayi dikejarkan ke hospital selepas satu kebakaran tercetus di sebuah unit flat di blok 416 Bukit Batok West Avenue 4, pagi tadi (8 Okt).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai kebakaran itu pada sekitar 10.40 pagi.

Kebakaran itu melibatkan barang-barangan di sebuah bilik tidur, yang dipadamkan dengan menggunakan satu jet air.

Menurut SCDF, siasatan awal menunjukkan kebakaran berpunca dari alat mobiliti peribadi (PMD) yang sedang dicas.

Mangsa lelaki yang dibawa ke hospital merupakan penghuni unit berkenaan di tingkat lima di mana kebakaran berlaku.

Si bayi pula adalah dari unit flat di atasnya. Kedua-dua mangsa mengalami masalah terhidu asap.

Sekitar 30 penduduk dari blok flat yang terjejas sudah dipindahkan, sebagai langkah berjaga-jaga.

"Siasatan awal menunjukkan punca kebakaran itu disebabkan oleh alat PMD yang sedang dicas semasa kebakaran itu berlaku," tambah SCDF. 

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan