Kebakaran meletus di flat Marsiling; 2 kanak-kanak kecil diselamatkan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: SCDF
SINGAPURA: Pegawai polis menyelamatkan dua kanak-kanak kecil daripada kebakaran yang berlaku di sebuah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Marsiling pada lewat malam hari Rabu (22 Jun).
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia dimaklumkan mengenai kebakaran yang tercetus di Blok 218 Marsiling Crescent itu kira-kira pukul 10.40 malam.
Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian tersebut, api sedang marak dan asap hitam tebal berkepul dari unit berkenaan.
Kebakaran itu melibatkan kandungan di sebuah bilik tidur di unit tingkat dua blok tersebut, menurut SCDF dalam catatan Facebook. Ia menambah api kebakaran dipadamkan dengan menggunakan satu jet air.
"Akibat kebakaran itu, seluruh unit berkenaan terjejas dan mengalami kerosakan dek haba serta asap," tambahnya.
Sebagai langkah berjaga-jaga, sekitar 60 penduduk dari unit-unit berhampiran dipindahkan oleh polis.
Dua kanak-kanak kecil yang ditemui dalam keadaan sedar di ruang tamu unit terjejas itu berjaya diselamatkan oleh dua pegawai polis.
Mereka dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK dengan menaiki dua ambulans SCDF.
“Kami difahamkan bahawa selepas kebakaran itu meletus, seorang anggota awam cuba membuka pintu unit terjejas itu secara paksa untuk menyelamatkan dua kanak-kanak kecil tersebut,” menurut SCDF.
SCDF menyatakan ia akan menghubungi individu berkenaan untuk memujinya atas "tindakan pantas" dalam usaha untuk menyelamatkan kedua-dua kanak-kanak kecil itu.
Punca kebakaran masih disiasat.

Sumber : CNA/KF/kf
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.