Kebakaran libat 'beberapa kenderaan' berlaku di bengkel Defu Lane, tiada kecederaan dilaporkan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Facebook/SCDF
SINGAPURA: Sebuah bengkel kenderaan di Defu Lane terbakar pada petang Jumaat (25 Nov).
Pegawai dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengambil masa hampir sejam untuk memadamkan api.
Kebakaran itu melibatkan "beberapa kenderaan" yang diletakkan di dalam kawasan bengkel itu namun tiada kecederaan dilaporkan.
SCDF memuat naik kejadian itu di laman Facebook pada pukul 6.45 petang dan menyatakan ia dimaklumkan mengenai kebakaran di No 53 Defu Lane 12.
Sekitar 30 minit kemudian, SCDF menyatakan api itu dapat dikawal.
Dalam kemas kini terakhir pada pukul 8.17 malam, SCDF menyatakan kawasan yang terjejas kebakaran itu berukuran kira-kira 10 meter kali 10 meter.
Menurut SCDF pegawainya melihat asap hitam berkepul-kepul dari bengkel itu apabila mereka tiba di tempat kejadian.
Anggota bomba kemudian menggunakan tiga jet air untuk mengawal api dan mencegahnya daripada merebak ke unit bersebelahan.
SCDF menyatakan punca kebakaran masih disiasat.
Dalam gambar yang dikongsikan dalam media sosial, asap tebal dari tempat kejadian boleh dilihat berhampiran dengan Bartley Road East.

Sumber : Today/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.