Kebakaran kondominium Punggol: 6 diselamatkan, sekitar 100 penduduk dipindahkan
Enam orang diselamatkan dan sekitar 100 penduduk kondominium Waterwoods dipindahkan selepas satu kebakaran "menyelubungi sepenuhnya" sebuah bilik tidur, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada Sabtu (19 Dis).

(Gambar: SCDF)
SINGAPURA: Enam orang diselamatkan dan sekitar 100 penduduk kondominium Waterwoods dipindahkan selepas satu kebakaran "menyelubungi sepenuhnya" sebuah bilik tidur, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada Sabtu (19 Dis).
SCDF dimaklumkan akan satu kebakaran yang berlaku di Blok 19 Punggol Field Walk pada kira-kira pukul 11.25 pagi pada Sabtu. Kebakaran itu melibatkan barangan yang disimpan di dalam bilik tidur sebuah unit dua tingkat di tingkat 16, demikian menurut SCDF dalam satu catatan Facebook.
Para anggota bomba yang memakai peralatan pernafasan memecah masuk ke dalam unit yang diselubungi asap dan memadamkan api menggunakan jet air.
Seorang individu ditemui dalam dapur sementara dua individu diselamatkan dari sebuah bilik tidur yang terletak di tingkat atas unit berkenaan, iaitu di atas bilik tidur di mana kebakaran berlaku.
Tiga lagi orang diselamatkan dari belebas di luar tandas di tingkat atas.
"Mereka serta-merta dibawa masuk secara selamat melalui pintu tandas," menurut SCDF.
Lima daripada enam penduduk itu dibawa ke Hospital Besar Singapura kerana terhidu bau asap, manakala seorang lagi enggan dibawa ke hospital, menurut SCDF.
"Pesakit-pesakit yang terhidu bau asap atau mengalami kelecuran serius berada keadaan stabil dibawa ke Pusat Kelecuran khusus Hospital Besar Singapura, dan bukannya ke hospital berdekatan," menurut SCDF.
Sekitar 100 penduduk dari blok berhampiran dipindahkan oleh para pegawai keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga. Punca kebakaran masih disiasat, demikian menurut SCDF.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.