Kebakaran gudang di Kranji berjaya dipadam selepas 4 hari
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/SCDF)
SINGAPURA: Selama empat hari bertungkus-lumus, kebakaran di sebuah gudang di Kranji berjaya dipadamkan, umum Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada Ahad (23 Feb).
Kebakaran yang melibatkan bahan sisa bermula pada pagi Rabu di 11 Kranji Cresent, iaitu alamat milik sebuah firma pengurusan kitar semula dan bahan sisa Wah & Hua.
Sebahagain besar kebakaran itu berjaya dipadamkan pada malam tersebut, namun operasi pemantauan diteruskan bagi mengelakkan penyalaan api daripada terjadi kerana masih terdapat bara-bara api.
Dalam satu catatan di Facebook pada Ahad, SCDF menyatakan ia bekerja "sepanjang masa" selama empat hari untuk memadamkan bara-bara api.
"Sebagai langkah berjaga-jaga, sebuah kereta bomba dan kru akan terus berada di premis untuk mengawasi kawasan yang terjejas kebakaran," tulis SCDF.

Kebakaran itu merupakan insiden keempat melibatkan gudang dalam tempoh tujuh tahun. Kebakaran sebelum ini berlaku pada 2018, 2023 dan 2024.
Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Khamis (20 Feb) memberitahu Mediacorp bahawa ia sedang menyiasat insiden tersebut bersama SCDF.
"Sama ada tindakan akan diambil bergantung kepada hasil siasatan," jelas NEA.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.