SINGAPURA: Sekitar 45 orang dipindahkan ke tempat lebih selamat dalam insiden kebakaran besar di tempat meletak kereta bertingkat Golden Mile Tower siang tadi (31 Ogos).
Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), tiga orang mengadu terhidu asap tetapi enggan ke hospital.
Beberapa buah kereta yang terbabit dalam kebakaran disahkan bukan kenderaan elektrik.
Sementara itu, lebih 10 peniaga terpaksa tutup kedai selepas ruang koridor di Golden Mile Tower dibanjiri air akibat operasi memadam kebakaran.Banjir di lantai bawah Golden Mile Tower. (Gambar: CNA/Koh Wan Ting)
Ini termasuk pawagam The Projector yang mengadu kerugian kerana terpaksa membatalkan semua tayangan dan membayar balik lebih 200 tiket yang sudah terjual.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.