Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kebakaran flat Henderson Road berkemungkinan berpunca dari 'sumber elektrik', dedah SCDF

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kebakaran di Henderson Road yang membawa kepada kematian seorang anggota bomba berusia 19 tahun mungkin berpunca daripada sumber elektrik, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada Sabtu (10 Dis).

Menurut SCDF, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian di 91 Henderson Road sekitar pukul 11.10 pagi Khamis (8 Dis).

Kebakaran yang melibatkan unit dua bilik di tingkat empat flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) itu dipadamkan menggunakan dua jet air.

"Siasatan awal menunjukkan bahawa kebakaran itu berkemungkinan berpunca dari sumber elektrik dalam bilik tidur," menurut SCDF dalam kenyataan medianya.
Dengan persetujuan keluarga Koperal (CPL) Edward H Go, mendiang akan disemadikan dalam satu upacara persemadian beristiadat.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, SCDF juga memperincikan latihan yang dijalani oleh CPL Go. Mendiang sudah memberi respons kepada lebih 20 insiden kebakaran dan operasi menyelamat setelah menamatkan kursus bombanya.

Beliau dikerahkan ke SCDF untuk menjalani Perkhidmatan Negara (NS) pada 5 Januari lalu dan memulakan latihannya selama 12 minggu sebagai seorang anggota bomba pada 3 Februari.

NSF itu menamatkan latihannya pada 28 April dan beliau kemudian ditugaskan untuk berkhidmat di Balai Bomba Central pada 4 Mei setelah selesai menjalani kursus bombanya.

Sebelum menjalani NS sepenuh masa, CPL Go disahkan sihat dari segi perubatan dan dinilai dengan status PES A bagi Status Pekerjaan Fizikal (PES).

Menurut laman web Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB), mereka yang tergolong dalam PES A dan PES B1 dinilai sesuai bagi vokasi operasi barisan hadapan.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan