Kebakaran flat di Race Course Road: 5 dibawa ke hospital
Anggaran Waktu Membaca:
Kebakaran berlaku di Blok 684 Race Course Road pada 3 Ogos 2026. (Gambar: Facebook/SCDF)
SINGAPURA: Lima orang dibawa ke hospital selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah unit flat di Race Course Road pada Isnin (3 Ogos), dengan tiga daripada mereka ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kebakaran di Blok 684 Race Course Road sekitar 7.10 malam.
Setibanya di tempat kejadian, para anggota bomba mendapati sebuah bilik tidur dalam unit di tingkat lima sedang terbakar.
Kebakaran itu dipadamkan menggunakan satu jet air.
Daripada lima orang yang terperangkap dalam unit tersebut, seorang diselamatkan pihak polis manakala empat lagi diselamatkan SCDF.
Tiga mangsa dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH), manakala dua lagi dibawa ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH).
SCDF tidak menyatakan sama ada tiga mangsa yang ditemui tidak sedarkan diri dibawa ke hospital yang sama.
Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sumber : CNA/FD/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.