Kebakaran dilaporkan di Taman Perindustrian Toa Payoh
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Clara Ho)
SINGAPURA: Satu kebakaran berlaku di Taman Perindustrian Toa Payoh pada Khamis (9 Mei) malam.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengerahkan puluhan kenderaan ke tempat kejadian.
Kebakaran tersebut melibatkan sebuah kedai tayar berdekatan persimpangan Taman Perindustrian Toa Payoh dan Lorong 8 Toa Payoh.
Tiga trak SCDF berada di tempat kejadian apabila Mediacorp tiba pada pukul 9.50 malam, dan dua lagi trak tiba tidak lama lagi.
Setakat pukul 10.20 malam, sebanyak lapan trak berada di lokasi.
Seorang pegawai Pasukan Polis Singapura (SPF) yang ditemui Mediacorp berkata bahawa mereka dimaklumkan tentang kebakaran itu pada pukul 9.40 malam.
Puluhan penduduk daripada flat berdekatan berkumpul kerana mereka dapat bau asap daripada rumah mereka.
Penduduk diarahkan polis untuk supaya mendekati kawasan kebakaran.
Dentuman kuat juga kedengaran sedang api semakin marak.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.