Kebakaran dilaporkan di Golden Mile Tower
Anggaran Waktu Membaca:
Kebakaran di Golden Mile Tower pada 31 Ogos 2024.
SINGAPURA: Satu kebakaran dilaporkan di Golden Mile Tower, sebuah bangunan pejabat dan pusat beli-belah di Beach Road, pada Sabtu (31 Ogos).
Gambar dan rakaman video kebakaran tersebut yang disebarkan online sekitar pukul 1.00 tengah hari menunjukkan kepulan asap hitam tebal dari tingkat atas sebelah bangunan yang menghadap Golden Mile Complex.
Dalam satu gambar, lebih 12 kenderaan kelihatan dijilat api.
Kenderaan-kenderaan itu kelihatan diletakkan di tempat letak kereta di tingkat atas bangunan tersebut.
Mediacorp telahpun menghubungi Pasukan Pertahanan Awam Singapura SCDF untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Golden Mile Tower dibina pada tahun 1970-an dan kini menempatkan restoran, pejabat dan pawagam The Projector.
Bangunan itu juga merupakan sebuah terminal bas ke Malaysia dan Thailand.
Bersebelahan dengan Golden Mile Tower adalah Hotel Traveltine yang menawarkan sebanyak 300 bilik dan di sebelahnya pula ialah Golden Mile Complex, yang kini sedang menjalani kerja-kerja binaan dan pemulihan.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.