Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kebakaran di Pulau Kusu tidak dimulakan dengan sengaja, tegas SCDF susuli siasatan awal

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kebakaran di Pulau Kusu pada Ahad (17 Apr) tidak dimulakan dengan sengaja. 

Demikian menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada Selasa (19 Apr). 

"SCDF sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kebakaran tersebut dan siasatan awal tidak menunjukkan bahawa kebakaran itu dimulakan dengan sengaja," menurut SCDF dalam satu catatan ke Facebook pada Selasa (19 Apr). 

"SCDF akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk mengenal pasti punca kebakaran tersebut." 

Pada petang Ahad (17 Apr), kebakaran di pulau itu memusnahkan keramat yang terletak di atas bukit.

Pasukan bomba marin dan darat SCDF bertindak memberi respons kepada kebakaran tersebut pada 6.30 petang dan api berjaya dipadamkan dalam masa sejam setelah tiba di pulau tersebut. 

Tiada kecederaan dilaporkan.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan