Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kebakaran di Pinnacle@Duxton; 40 penduduk dipindahkan

Kebakaran tercetus di tingkat 34 Pinnacle@Duxton pada Khamis malam (4 Nov), menyebabkan sekitar 40 penduduk unit-unit berdekatan dipindahkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kebakaran di Pinnacle@Duxton; 40 penduduk dipindahkan

Kebakaran di Pinnacle@Duxton. (Gambar: SCDF)

Diterbitkan : 05 Nov 2021 06:21PM Dikemas Kini : 05 Nov 2021 06:23PM

SINGAPURA: Kebakaran tercetus di tingkat 34 Pinnacle@Duxton pada Khamis malam (4 Nov), menyebabkan sekitar 40 penduduk unit-unit berdekatan dipindahkan.

Dalam satu catatan Facebook, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia dimaklumkan tentang kebakaran itu pada pukul 8.35 pada Khamis malam.

Apabila para pegawai tiba, api sedang marak dalam (sebuah)unit", menurut SCDF, sambil menambah bahawa tiada orang berada di dalam apartmen tersebut ketika insiden berlaku.

Anggota bomba, yang dilengkapi peralatan pernafasan, memadamkan kebakaran menggunakan satu jet air.

Kebakaran itu melibatkan kandungan dalam sebuah bilik, dedah SCDF sambil menambah bahagian lain flat itu terjejas oleh kerosakan disebabkan suhu panas dan asap.

Tiada kecederaan dilaporkan. Para penduduk yang dipindahkan kemudian dibenarkan pulang ke rumah mereka.

"Siasatan awal mengenai punca kebakaran menunjukkan bahawa ia disebabkan api terbuka dalam bilik yang terjejas," tambah SCDF.

"SCDF mahu mengingatkan orang ramai supaya tidak membiarkan bahan-bahan yang dinyalakan dan mereka seharusnya memadamkan apinya sebelum keluar rumah." 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan