Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kebakaran di kondominium Jurong East, 1 dibawa ke hospital

Seorang individu dibawa ke hospital kerana terhidu asap dan dilaporkan cedera dalam satu kebakaran di sebuah unit kondominium di Jurong East pada petang Sabtu (18 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang individu dibawa ke hospital kerana terhidu asap dan dilaporkan cedera dalam satu kebakaran di sebuah unit kondominium di Jurong East pada petang Sabtu (18 Dis).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia dimaklumkan mengenai kebakaran di 6 Gateway Drive pada kira-kira pukul 1.55 petang. Ia merupakan alamat bagi kondominium J Gateway.

"Seorang kakitangan keselamatan di premis itu memadamkan api menggunakan gelung hos sebelum SCDF tiba di tempat kejadian," tambahnya.

SCDF menyatakan kebakaran itu melibatkan kandungan dalam sebuah bilik tidur di tingkat sembilan.

"Siasatan awal menunjukkan kebakaran berpunca daripada api lilin yang dinyalakan dan dibiarkan tanpa diawasi," menurut SCDF dalam catatan Facebook.

"SCDF ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak meninggalkan bahan-bahan yang dinyalakan tanpa diawasi, dan memadamkan bahan-bahan sedemikian sepenuhnya sebelum membuang ke dalam tong sampah."

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan