Kebakaran di Hab HDB; perlu tunggu lebih lama bagi temu janji
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pelanggan mungkin perlu menunggu lebih lama bagi temu janji di Hab HDB menyusuli kebakaran di bangunan itu pada tengah hari Rabu (2 Okt).
"Kami memohon pemahaman pelanggan kami bahawa mereka mungkin berdepan masa menunggu lebih lama bagi temu janji disebabkan gangguan yang tercetus oleh kebakaran berkenaan," jelas Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Rabu.
"Pertimbangan utama kami adalah keselamatan kakitangan, pelanggan dan orang ramai di Hab HDB. Kami berterima kasih kepada orang ramai atas kesabaran mereka," tambahnya.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang kebakaran di No. 530 Lorong 6 Toa Payoh - alamat Hab HDB - sekitar pukul 12.25 tengah hari Rabu.
Kebakaran itu berlaku di pusat pembuangan sampah Besmen 3 bangunan tersebut dan melibatkan barangan yang dibuang dalam sebuah tong khas di ruang itu.
Tong khas itu mengumpul serpihan atau sisa, dan digerakkan secara mekanikal atau menggunakan sebuah kenderaan.
Seorang individu berasa kurang sihat menyusuli kejadian itu dan diperiksa oleh paramedik SCDF. Dia bagaimanapun enggan dibawa ke hospital.
Kebakaran itu sudahpun dipadam dan punca kejadian masih disiasat, jelas SCDF.
Mediacorp sudah menghubungi HDB dan Pasukan Polis Singapura (SPF) bagi butiran lanjut.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.