Skip to main content

Singapura

Kebakaran di flat HDB Circuit Road: Lelaki 70 tahun meninggal dunia, 80 penduduk dipindahkan

Anggaran Waktu Membaca:
  Kebakaran di flat HDB Circuit Road: Lelaki 70 tahun meninggal dunia, 80 penduduk dipindahkan

SCDF di lokasi kebakaran di Blok 39 Circuit Road pada 28 Jul 2026. (Gambar: Facebook/SCDF)

Diterbitkan : 28 Jul 2026 11:14AM Dikemas Kini : 28 Jul 2026 02:39PM
  • Seorang lelaki berusia 70 tahun meninggal dunia selepas kebakaran berlaku di flat HDB Blok 39 Circuit Road, MacPherson pada awal pagi 28 Julai.
  • Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan polis menerima laporan sekitar 2.05 pagi dan segera menjalankan operasi menyelamat.
  • Mangsa ditemui tidak sedarkan diri di ruang tamu, diberi CPR dan dibawa ke Hospital Umum Changi, namun disahkan meninggal dunia.
  • Kira-kira 80 penduduk dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga, manakala siasatan punca kebakaran masih dijalankan oleh pihak berkuasa.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 70 tahun meninggal dunia menyusuli kebakaran di sebuah flat Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) di MacPherson pada awal pagi Selasa (28 Jul), di mana anggota bomba menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam unit berkenaan.

Lelaki tersebut ditemui di ruang tamu flat di tingkat sembilan Blok 39 Circuit Road, selepas anggota bomba pecah masuk ke dalam flat yang dipenuhi asap tebal itu, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam satu catatan di Facebook.

Pasukan penyelamat dengan segera membawa mangsa keluar dari flat tersebut dan memberikan bantuan pernafasan (CPR) sebelum beliau dibawa ke Hospital Umum Changi (CGH), di mana beliau kemudian disahkan meninggal dunia.

Pihak polis dan SCDF memaklumkan bahawa mereka menerima laporan mengenai kebakaran tersebut pada sekitar pukul 2.05 pagi.

Sebagai langkah berjaga-jaga semasa operasi dijalankan, mereka memindahkan kira-kira 80 penduduk dari blok perumahan berkenaan.

Kebakaran tersebut, yang melibatkan barang-barang di ruang tamu, sudah "berjaya dipadamkan dengan pantas", menurut SCDF.

Siasatan mengenai punca kebakaran dan siasatan polis sedang dijalankan.
Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita