Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kebakaran Bt Batok: Majlis Bandaran siasat dakwaan kontraktor gelung hos bomba berfungsi

Majlis Bandaran Jurong-Clementi sedang menyiasat dakwaan oleh kontraktor yang bertanggungjawab menyenggara gelung hos bomba (fire-hose reel) di Blok 210A Bukit Batok Street 21, bahawa gelung-gelung itu berfungsi.

Anggaran Waktu Membaca:
Kebakaran Bt Batok: Majlis Bandaran siasat dakwaan kontraktor gelung hos bomba berfungsi

Kebakaran di Bukit Batok pada awal Nov 2019 (Gambar: Facebook/Murali Pillai)

Diterbitkan : 15 Nov 2019 10:58PM Dikemas Kini : 15 Nov 2019 11:01PM

SINGAPURA: Majlis Bandaran Jurong-Clementi sedang menyiasat dakwaan oleh kontraktor yang bertanggungjawab menyenggara gelung hos bomba (fire-hose reel) di Blok 210A Bukit Batok Street 21, bahawa gelung-gelung itu berfungsi. Ini menyusuli kejadian di mana anggota bomba tidak dapat menggunakan hos tersebut ketika satu kebakaran awal bulan ini.

Kontraktor tersebut, JKeart Pte Ltd, "telah menegaskan bahawa terdapat bekalan air ke gelung hos bomba" semasa kebakaran, bahkan menayangkan petikan video kepada Majlis Bandaran hari itu yang menunjukkan hos tersebut berfungsi, kata Anggota Parlimen (MP) Murali Pillai dalam catatan Facebook pada Jumaat (15 Nov).

"Ini membawa kepada mesyuarat antara Majlis Bandaran dengan para pegawai SCDF (Pasukan Pertahanan Awam Singapura) awal minggu ini untuk memberikan apa yang ditunjukkan JKeart," kata Encik Murali.

"Selepas berunding dengan SCDF, Majlis Bandaran mengeluarkan kenyataan yang menerima kedudukan SCDF mengenai perkara itu dan kini menyiasat kenyataan JKeart," tambah beliau.

Komen Encik Murali dibuat selepas SCDF menyatakan pada Sabtu bahawa ia mengeluarkan amaran kepada Majlis Bandaran itu, atas sebab kabinet gelung hos bomba yang dimangga dan tiada akses kepada bekalan air semasa kebakaran. Tiga orang cedera dalam kebakaran tersebut.

Dalam jawapannya kepada amaran SCDF, Majlis Bandaran itu pada Rabu menyatakan bahawa gelung hos bomba sudah disenggara dan diuji pada pertengahan Oktober dan disahkan berfungsi.

Pihaknya menambah pada Khamis bahawa kabinet-kabinet gelung itu dimangga untuk mengelakkan kerosakan.

Pada Jumaat, Encik Murali berkata Majlis Bandaran sudah mengenal pasti dua pegawai yang bertanggungjawab "mengarahkan agar petak hos kebakaran dimangga".

"Ini kesilapan mereka. Mereka sudah mengakui kesilapan mereka," tambah Encik Murali. "Pengurusan Majlis Bandaran akan mengambil tindakan disiplin terhadap mereka."

Dalam catatannya, Encik Murali turut menyatakan bahawa beliau menganggap dirinya "bertanggungjawab dari segi politik" berhubung isu tersebut.

"Sebagai wakil rakyat anda, saya bertanggungjawab atas kedua-dua isu. Insiden ini tidak sepatutnya berlaku dan, untuk itu, saya mesti memohon maaf," katanya.

Pemimpin parti pembangkang Parti Demokratik Singapura (SDP) Chee Soon Juan memuji Encik Murali kerana memberi "penerangan sepenuhnya" kedudukan perkara.

Dalam satu catatan Facebook, Dr Chee berkata: "Saya memuji Encik Murali kerana menangani hal berkenaan kejadian kebakaran di Blok 210A BB (Bukit Batok)."

"Saya berpuas hati untuk dimaklumkan majlis bandaran ini sedang menyiasat keadaan tidak konsisten dan amalan mencurigakan itu, serta akan mengambil langkah sewajarnya," tambah beliau.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan