Kebakaran berlaku di tingkat 55 Marina Bay Sands
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail Hotel Marina Bay Sands di Singapura. (Gambar: REUTERS/Edgar Su)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Satu kebakaran berlaku di Marina Bay Sands (MBS) pada Selasa (28 Okt) melibatkan tikar plastik di tingkat 55 hotel tersebut, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
Dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp, seorang jurucakap MBS berkata seorang kakitangan memadamkan api itu sebelum ketibaan pegawai SCDF.
Kebakaran itu bermula pada kira-kira pukul 3.30 petang di Menara 3 Hotel MBS.
"Kebakaran itu berlaku di lokasi yang tidak boleh diakses oleh para tetamu dan ia dapat dipadamkan oleh seorang kakitangan sebelum ketibaan SCDF.
"Tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian itu. Kami sedang bekerja rapat dengan pihak berkuasa untuk menyiasat kejadian itu," kata jurucakap tersebut.
Dalam satu kenyataan, SCDF menyatakan: "Siasatan awal mendapati kebakaran itu mungkin berpunca daripada kerja-kerja kimpalan yang dijalankan di kawasan sekitar."
Seorang pembaca Mediacorp berkongsi gambar kepulan asap yang keluar daripada bangunan itu.
Encik Logan Ravishankar berkata beliau mengambil gambar itu pada kira-kira pukul 3.40 petang daripada pejabatnya di tingkat 30 South Beach Tower.

Sumber : CNA/HA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.