Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kebakaran berlaku di Benoi Lane di Tuas, operasi padam kebakaran sedang dijalankan

Anggota bomba dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sedang bergelut memadamkan kebakaran di kawasan perindustrian Benoi Lane di Tuas pada petang Sabtu (23 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Anggota bomba dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sedang bergelut memadamkan kebakaran di kawasan perindustrian Benoi Lane di Tuas pada petang Sabtu (23 Apr).

Dalam satu catatan Facebook, SCDF menyatakan ia dimaklumkan mengenai kebakaran di nombor 31 Benoi Lane pada kira-kira pukul 4.45 petang.

"Sebaik sahaja SCDF tiba di tempat kejadian, api marak sehingga menyelubungi seluruh premis itu," menurut SCDF pada kira-kira pukul 6.05 petang. "Anggota bomba SCDF melawan kebakaran dengan menggunakan tiga jet buih dan dua jet air."

Gambar yang dihantar kepada Mediacorp menunjukkan kepulan asap tebal boleh dilihat dari jauh. Seorang pembaca berkata beliau berada di Raffles Marine apabila ternampak kepulan asap tebal itu pada sekitar pukul 5.00 petang.

Beberapa pengguna Facebook juga berkata mereka melihat kepulan asap tebal sejauh Jurong West dan Bukit Batok.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan