Skip to main content

Singapura

Keandalan khidmat MRT pada 2025 kurang baik berbanding 2024

Sistem rel Singapura pada 2025 tidak seandal tahun sebelumnya.
Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 16 Jan 2026 08:43PM Dikemas Kini : 27 Jan 2026 06:24PM
SINGAPURA: Sistem rel Singapura pada 2025 tidak seandal tahun sebelumnya.

Gangguan pada khidmat rel bertambah, dengan lagi lima gangguan berlaku pada tahun lalu.

Ini termasuk kelengahan selama tiga jam membabitkan 11 stesen di Laluan Timur Laut (NEL).

Pada 2025, MRT tempatan secara purata melakukan perjalanan sejauh lebih 1.6 juta kilometer sebelum mengalami satu lagi gangguan selama lebih lima minit.

Ini berbanding purata hampir 2 juta kilometer pada 2024.

Sungguhpun demikian, MRT tiba mengikut jadual pada kadar lebih 99 peratus.

Kurang satu peratus daripada penumpang harian terjejas akibat kebanyakan kelengahan.

Laluan Circle adalah satu-satunya laluan MRT yang mencatat peningkatan.

Dalam pada itu, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan ia komited untuk bekerjasama dengan pengendali MRT bagi meningkatkan keandalan rel.
Sumber : CNA/AI/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita