Keampuhan sektor khidmat sosial kunci kepada pemulihan SG daripada pelbagai krisis
Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli berkata kekuatan sektor khidmat sosial Singapura merupakan kunci yang memastikan pemulihan negara, daripada setiap krisis yang dihadapinya.
Beliau berucap demikian di acara bagi meraikan para karyawan khidmat sosial yang menjalani program peningkatan kemahiran digital.
"Apa jua masalah yang mungkin kita hadapi sama ada kemelesetan ekonomi, krisis kewangan, malah COVID - para karyawan khidmat sosial kita sentiasa berada di barisan hadapan tampil ke depan, kadangkala membahayakan diri mereka sendiri demi membantu masyarakat berdepan dengan masalah dan juga pulih daripada krisis," kata Encik Masagos.
Sebagai sebahagian usaha meningkatkan keupayaan dalam sektor ini, sekitar 36 duta sektor khidmat sosial dilatih dalam kemahiran mencipta kandungan oleh pakar-pakar industri seperti TikTok dan LinkedIn.
Para duta akan menerbitkan karya mereka di pelbagai wadah media.
Ia bertujuan menyorot kerjaya dalam sektor ini serta bidang tugas mereka.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.