Keamanan di Asia Tenggara boleh segera lenyap jika pemimpin tidak peka, tegas Dr Ng Eng Hen
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menegaskan, keamanan di rantau ini boleh lenyap dalam sekelip mata jika para pemimpin tidak peka.
"Pengajaran bagi kita di rantau ini adalah walaupun secara umum kita kini aman dan selamat, ia boleh lenyap jika kita sebagai pemimpin tidak beri perhatian. Saya tidak dapat bayangkan apa yang akan terjadi jika tercetus konflik di Asia," kata Dr Ng.
"Saya tidak pasti dunia berupaya menanggung perang di Eropah, situasi yang semakin memburuk di Timur Tengah, kemudian di Asia," tambahnya.
Dr Ng kini berada di Jakarta untuk menghadiri Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) yang ke-17 dan ADMM-Plus ke-10.

BACA:
Semasa sesi pada Rabu (15 Nov), para menteri pertahanan ASEAN mengesahkan komitmen mereka untuk memperkukuh kerjasama bagi menangani cabaran keselamatan serantau.
Setiausaha Pertahanan Amerika Lloyd Austin yang turut sama hadir, berikrar untuk menunjukkan sokongan dan komitmen teguh kepada rantau ini.
Dr Ng akan menghadiri mesyuarat ke-10 ADMM-Plus pada Khamis (16 Nov).
Ia turut melibatkan rakan-rakan ASEAN seperti Amerika Syarikat, China, Jepun dan Korea Selatan.

Sumber : CNA/NY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.