Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keamanan dan kestabilan penting bagi pertumbuhan dan kemajuan sejagat, tegas DPM Heng

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 12 Jun 2023 07:16PM Dikemas Kini : 12 Jun 2023 09:10PM
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata adalah demi kepentingan semua negara untuk melaksanakan pembangunan yang inklusif dan mampan.

Ini termasuklah Amerika Syarikat dan China.

Hubungan dua hala antara Amerika-China, kata Encik Heng, adalah yang sangat penting di dunia.

Beliau menambah, keamanan dan kestabilan adalah faktor paling penting bagi pertumbuhan dan kemajuan sejagat.

"Kita kini berada di titik yang tidak selesa dan sememangnya berbahaya tetapi semua ini bukan sesuatu yang tidak dapat dielakkan."

"Konfrontasi dan konflik masih boleh dielakkan tetapi kedua-dua pihak mesti melakukannya dan membina kepercayaan strategik," kata Encik Heng semasa menyampaikan ucapan di Forum Wawasan Baru Caixin Asia mengenai kepimpinan perniagaan.

"Persaingan yang tidak terkawal dan tidak disekat akan meninggalkan kesan besar dan kesulitan di merata dunia."

"Ia akan menjadi satu langkah besar ke belakang buat semua negara," tambahnya.

Itulah kata-kata Encik Heng semasa menyampaikan ucapan di Forum Wawasan Baru Caixin Asia mengenai kepimpinan perniagaan.

Encik Heng berkata negara-negara lain juga perlu mengambil langkah-langkah aktif bagi meningkatkan kerjasama walaupun masih ada persaingan.

Sebagai contoh, memudahkan aliran perdagangan dan kewangan
serta menangani cabaran-cabaran yang dihadapi bersama seperti perubahan iklim dan pandemik yang berlaku pada masa depan.

"Sebagaimana perdagangan telah dan terus meningkatkan jutaan orang, sains dan teknologi akan menjadi kunci seterusnya untuk membina kehidupan dan mata pencarian yang lebih baik untuk para penduduk masing-masing dan di merata dunia," kata Encik Heng.

"Lebih baik kita membuka kemungkinan ini bersama-sama, bukan sahaja Amerika Syarikat dan China tetapi di merata ASEAN, Asia, Eropah dan seluruh dunia," tambahnya.
 
Sumber : CNA/AI/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan