Skip to main content

Singapura

Keadaan seluruh dunia semakin mencabar dan berbahaya, kata PM Lee

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 19 Apr 2023 06:49PM Dikemas Kini : 19 Apr 2023 10:16PM
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Singapura sedang menuju ke arah sebuah dunia yang mencabar dan berbahaya.

Ini termasuk perang di Ukraine yang menemui jalan buntu dan ketegangan yang kian memuncak antara Amerika Syarikat dengan China.

PM Lee berkata terdapat bahaya bahawa konflik itu akan meningkat.

Sekaligus, meninggalkan kesan buruk terhadap rantaian bekalan sejagat serta hubungan antarabangsa, terutamanya bagi China.

"Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah mahu China menggunakan pengaruhnya untuk meminta Rusia agar menghentikan pencerobohan itu."

"China, jika boleh, enggan membangkitkan kemarahan Eropah dan Amerika Syarikat dengan menghulurkan sokongan ketenteraan bagi perang Rusia di Ukraine. Namun China terdesak untuk mengecam pencerobohan Rusia atau memberi tekanan ke atas Rusia agar menghentikan peperangan," kata PM Lee.

"Ia berkongsi sempadan yang panjang dengan Rusia dan perlu menimbangkan hubungannya yang mendalam dengan Rusia."

"Perang tersebut telah menjadikannya lebih sukar untuk China meningkatkan hubungan dengan Eropah, walaupun pada pendapat saya, kedua-dua pihak mahu berbuat demikian."

"Ia juga telah merumitkan lagi hubungan China dengan Amerika Syarikat," tambah PM Lee.

PM Lee tidak menjangkakan bahawa hubungan antara Amerika Syarikat dengan China akan mula pulih dalam masa terdekat.

Beliau berkata kedua-dua pemerintah dan rakyat Amerika Syarikat menganggap China sebagai ancaman dan musuh besar mereka.

China pula yakin bahawa Amerika Syarikat sedang berusaha untuk menghambat pertumbuhannya.

PM Lee berkata isu paling bahaya yang boleh memacu konflik adalah Taiwan.

Risiko berlakunya salah langkah mengenai pulau itu semakin hari semakin meningkat.
Sumber : CNA/AI/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita