Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keadaan hubungan AS-China bukan penentu masa depan aturan sejagat

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Masa depan aturan sejagat tidak akan ditentukan oleh hubungan antara Amerika Syarikat dengan China semata-mata meskipun ketegangan geopolitik antara kedua-dua kuasa besar itu akan terus berlarutan dalam masa akan datang.

Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong berkata negara-negara lain seperti India dan ASEAN semakin memainkan peranan penting dalam era baru persaingan geopolitik.

Berucap di Forum Global FutureChina, DPM Wong menjelaskan meskipun keadaannya tidak menentu, Singapura dan ASEAN mempunyai peranan dalam mencorakkan pembangunan rantau ini.

Bagi Singapura, negara ini perlu sentiasa tegas dalam mempertahankan prinsip-prinsip asas undang-undang antarabangsa sekali gus mengambil pendirian Rusia tiada alasan untuk mencabul undang-undang antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta integriti kedaulatan secara terang-terangan.

Singapura juga, tambah DPM Wong, mesti berusaha bersama negara-negara lain bagi mengukuhkan sistem berbilang pihak dan menegakkan aturan berlandaskan undang-undang.

Selain itu Singapura akan terus bekerjasama dengan negara-negara ASEAN yang lain untuk mengukuhkan integrasi pertubuhan serantau itu serta mewujudkan kerjasama terbuka dan inklusif di rantau ini.

Encik Wong turut menggalakkan kuasa-kuasa besar dunia agar membina taruhan di rantau ASEAN, serta memupuk ketergantungan dan integrasi ekonomi yang lebih kukuh.

Tambah beliau, bagi setiap warga Singapura dan ASEAN, isunya bukan untuk memilih mana-mana pihak, tetapi mengenai usaha memajukan kepentingan bersama, serta melakukan yang terbaik untuk setiap orang.

Sambil menarik perhatian tentang sokongan Singapura selama ini bagi menggalakkan pelibatan China di Asia Tenggara, DPM Wong berbesar hati Beijing merancang melakukan lebih lagi untuk rantau ini.
Sumber : CNA/MU/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan