Keadaan ekonomi global tidak menentu terus bayangi pertumbuhan S'pura
Pertumbuhan ekonomi Singapura pada 2019 dijangka rendah sedikit dari jangkaan purata ramalan 1.5 hingga 3.5 peratus.
(Gambar: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Pertumbuhan ekonomi Singapura pada 2019 dijangka rendah sedikit dari jangkaan purata ramalan 1.5 hingga 3.5 peratus. Demikian menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dalam laporan terkini semakan makroekonomi yang dikeluarkan pada Jumaat (26 Apr).
Kadar pertumbuhan itu lebih rendah daripada pertumbuhan 3.2 peratus yang dicatatkan pada 2018.
MAS menyatakan bahawa masa depan ekonomi dalam negeri bagi beberapa suku akan datang dijangka terus dibayangi oleh keadaan tidak menentu dalam ekonomi global.
Pertumbuhan lebih perlahan itu sudahpun dapat dirasakan pada suku keempat 2018 dan tiga bulan pertama pertama 2019.
Ia sebahagian besarnya disebabkan oleh kelemahan dalam kelompok berkaitan sektor perdagangan terutamanya dalam penghasilan dan dagangan barangan elektronik.
MAS menyatakan dengan mengambil kira cabaran-cabaran luaran tersebut, ekonomi Singapura perlu berpaling kepada penggerak ekonomi domestik bagi merangsang pertumbuhan pada tahun ini.
Ia dipacu pertumbuhan yang meningkat dalam sektor perkhidmatan berkaitan dengan perubahan ekonomi digital.
Dalam khidmat moden pula, khidmat-khidmat ICT dan perniagaan akan menerima manfaat daripada inisiatif Negara Bijak. Pelaburan negara dalam pendigitalan, di bawah pelan induk digital pemerintah akan merangsang lagi sektor-sektor tersebut.
Meskipun pertumbuhan ekonomi untuk tahun 2019 agak sederhana, pasaran buruh dijangka kekal kukuh
Pada 2018, jumlah pekerja diberhentikan merosot, jumlah jawatan pekerrjaan kosong yang diwujudkan meningkat manakala kadar pemberhentian kerja bagi penduduk merosot 0.2 peratus kepada 2.9 peratus.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.